Malaysia pada ketika ini menghadapi saat-saat genting apabila kes Covid-19 meningkat hampir setiap hari. Keadaan ini memperlihatkan betapa pentingnya semua pihak khususnya rakyat negara ini mengikuti Perintah Kawalan Pergerakan yang telah dikuatkuasakan oleh kerajaan.
Rakyat juga seharusnya lebih peka dengan kesihatan dan kebersihan diri serta ahli keluarga khususnya anak-anak kecil agar penularan virus tersebut dapat dibendung.
Langkah tersebut juga telah diambil oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin, yang ‘mengasingkan’ dirinya daripada ahli keluarga selepas pulang dari kerja bagi memastikan mereka selamat dari jangkitan virus.
Melalui kiriman beliau di laman Instagram, Khairy Jamaluddin memuatnaik gambarnya bersama dengan ucapan hari lahir untuk anaknya.
Sumber: Khairy Jamaluddin