Jabatan Meteorologi mengeluarkan amaran ribut petir di beberapa negeri termasuk zon Pantai Timur yang dijangka sehingga pukul 2 pagi nanti.
Menerusi data terkini yang dikeluarkan pada 10.30 malam ini, kawasan yang diramal tersebut adalah seperti berikut:-
Kelantan: seluruh negeri
Terengganu: Besut, Setiu, Hulu Terengganu, Dungun & Kemaman
Pahang: Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Temerloh, Maran, Kuantan & Pekan
Perak: Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta & Kampar
Sarawak: Sarikei, Sibu, Kapit (Song, Kapit, Belaga) & Bintulu (Tatau, Sebauh)
Sebarang info terkini mengenai ramalan cuaca dan amaran ribut petir akan dikemas kini dari semasa ke semasa melalui laman Twitter @malaysianmet.
Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia