
Panjat 10 Anak Tangga, Malaysia Kini Di Ranking Ke-92 Dunia
KUALA LUMPUR — Skuad bola sepak wanita negara kini berada di tangga ke-92 dunia dalam ranking Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA), melonjak 10 anak tangga berbanding sebelum ini.
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dalam satu kiriman di Facebook mengumumkan perkara tersebut pada Khamis.
Sebelum ini, Malaysia berada di kedudukan ke-102 dunia dan kemas kini terbaru ini memperlihatkan berlakunya peningkatan.
Difahamkan, kemaskini seterusnya adalah pada 11 Disember depan.
Sebelum ini, Malayan Tigress terlepas tiket ke Piala Asia Wanita 2026 apabila tewas 0-6 kepada Korea Utara dalam aksi terakhir Kumpulan H di Stadium Pamir, Dushanbe.
Bagaimanapun, kemaskini kedudukan ini seharusnya membanggakan Malaysia dengan pasukan kejohanan itu yang menamatkan saingan pusingan kelayakan berkenaan di tempat kedua Kumpulan H.
Sumber: FAM