panglima tentera darat
Gambar: BERNAMA

Panglima Tentera Darat Cuti Untuk Siasatan – Menteri Pertahanan

Hannah

Panglima Tentera Darat Cuti Untuk Siasatan – Menteri Pertahanan

Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Haji Muhammad Hafizuddeain Jantan akan bercuti berkuat kuasa serta-merta. Hal ini bagi memberi ruang kepada pihak berkuasa menjalankan siasatan terhadap dakwaan tertentu yang dilaporkan melibatkan beliau.

Perkara itu dimaklumkan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang menjelaskan bahawa langkah pentadbiran ini diambil bagi memastikan proses siasatan berjalan lancar tanpa sebarang konflik kepentingan.

Dalam kenyataan sama, Kementerian Pertahanan turut memaklumkan bahawa Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri (Dr.) Zulhelmy Ithnain akan memangku tugas sebagai Panglima Angkatan Tentera Malaysia berkuat kuasa serta merta.

Pelantikan sementara itu dibuat susulan persaraan Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Hj Mohd Nizam Hj Jaffar yang bersara selepas mencapai umur persaraan wajib.

Kementerian Pertahanan turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas khidmat, kepimpinan dan jasa Jeneral Tan Sri Hj Mohd Nizam sepanjang menerajui ATM, serta mendoakan kelancaran urusan persaraan beliau.