
Dah nak cuti sekolah ni, ramai yang tak sabar nak pergi bercuti bersama keluarga kan? Lebih-lebih lagi kalau yang dah bekerja, mesti nak habiskan cuti tahunan masing-masing. Korang tahu tak cuti sekolah bermula pada hari apa?
Tarikh bermula cuti sekolah adalah daripada 20 Disember hingga 28 Disember 2024 bagi negeri Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu. Manakala, 21 Disember bermulanya cuti bagi Kuala Lumpur, Labuan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perlis, Pulau Pinang, Perak, Putrajaya, Sabah, Sarawak, Selangor hingga 29 Disember 2024.
Merujuk kepada tarikh cuti tersebut, korang ada kesempatan untuk habiskan cuti dengan meluangkan masa bersama keluarga setiap tahun sekali sahaja.
Korang mesti nak jalan-jalan dalam Malaysia tapi tak tahu negeri mana yang lebih menarik untuk bercuti? Ini lapan negeri yang menarik di Malaysia yang membantu dalam merancang perjalanan serta membuat pilihan yang bijak sebelum pergi bercuti.
Negeri Pahang Darul Makmur ialah negeri yang terbesar di Semenanjung Tanah Melayu bersempadan dengan Negeri Kelantan di sebelah utara, Negeri Perak, Selangor dan Negeri Sembilan di barat, Negeri Terengganu dan Laut China Selantan di timur serta Negeri Johor di bahagian selatan.
Negeri Pahang merangkumi kawasan seluas 35,965 kilometer persegi (km) terbahagi kepada 11 buah daerah pentadbiran iaitu Pekan, Kuantan, Rompin, Maran, Bera, Jerantut, Temerloh, Raub, Bentong, Lipis dan Cameron Highlands. Ini antara tempat yang menarik untuk anda kunjungi pada cuti sekolah nanti:
Bukit Gambang Resort City, Gambang


Bukit Fraser, Raub

Bukit Tinggi, Bentong

Sungai Palas BOH Tea Plantion, Cameron Highlands


Santuari Gajah Kuala Gandah, Lanchang

Gunung Tahan, Taman Negara

Masjid Sultan Ahmad Shah, Bandar Kuantan

Restoran Ana Ikan Bakar Petai, Bandar Baru Bangi

Coastal Store, Kuantan

Pulau Tioman, Rompin

Sekiranya anda berminat untuk ke Pulau Tioman, tersedia pakej percutian bagi memudahkan urusan dan tidak perlu risau lagi soal tiket feri dan tempat penginapan. Tidak hairan lagi, begitu banyak tempat menarik di Pahang, sebulan pun tidak cukup untuk menjejaki ke semua tempat tarikan.
Negeri Perak Darul Ridzuan merupakan negeri kedua terbesar di Semenanjung Malaysia dengan keluasan 21,005km selepas negeri Pahang Darul Makmur.

Ipoh pula merupakan ibu negeri Perak yang dulunya terkenal sebagai bandar perlombongan bijih timah, dimana mempunyai keunikannya tersendiri. Tempat yang kaya dengan budaya, sejarah dan makanan tempatan yang sedap.
Kellie’s Castle, Batu Gajah

Gua Tempurung, Gopeng

Menara Jam Peringatan Birch, Ipoh

Lost World of Tambun, Ipoh

Pasar Karat, Ipoh

Stesen Keretapi, Ipoh

Galeri Seni Yasmin Ahmad, Ipoh

Pasar Malam Gerbang Malam, Ipoh

Platform 9 1/2 Cafe, Ipoh

Concubine Lane, Ipoh

Muzium Ho Yan Hor, Ipoh

Jika korang tertarik untuk pergi ke Lost World of Tambun serta disarankan membeli tiket awal bagi mengelak daripada tiket habis, apabila sudah sampai di tempat tersebut. Destinasi yang ideal untuk percutian di Ipoh Perak, kerana sempurna dalam bentuk klasik dan moden. Penduduk di sana juga sangat mesra dan berbudi bahasa tidak kira bangsa dan kaum.

Melaka dikenali sebagai sebuah negeri yang mempunyai keunikan sejarah, terletak di pantai barat Semenanjung Malaysia. Pengaruh budaya dari Portugis, Peranakan, Belanda dan British yang merupakan warisan dunia UNESCO. Ia terbukti melalui jejak-jejak sejarah dan warisan di bandar Melaka. Ini antara tempat menarik yang wajib anda lawati ialah:
Kota A Famosa, Alor Gajah

The Stadthuys, Melaka

Jonker Street, Jalan Hang Jebat

Rumah Terbalik Melaka, Plaza Mahkota

Skytrex Adventure, Melaka

The Shore Sky Tower, Jalan Persiaran Bunga Raya

The Shore Oceanarium, kampung Bunga Paya Pantai

Muzium Baba dan Nyonya, Jalan Tun Tan Cheng Lock

Bayou Lagoon Water Park, Bukit Katil

Zoo Melaka, Ayer Keroh

Melaka River Cruise, Melaka

Korang boleh membuat pilihan untuk melancong bersama keluarga tersayang dan menginap di tempat yang selesa. Selain itu, boleh menempah tiket awal sama ada hendak ke Rumah Terbalik Melaka, River Cruise atau Bayou Lagoon Water Park sementara harga masih murah.
Tidak lupa juga, korang dapat menikmati makanan-makanan tradisional dan moden yang lazat di Melaka seperti cendol, nyonya kuih, satay celup, chicken rice ball dan asam pedas.
Pulau Pinang atau lebih dikenali sebagai Penang yang menjadi destinasi pelancongan yang menarik di Malaysia. Ia terletak di utara Semenanjung Malaysia dan senang untuk dijumpai melalui Lapangan Terbang Antarabangsan Pulau Pinang.
Berikut beberapa tempat menarik di Pulau Pinang yang anda perlu kunjungi ke dalam senarai untuk dilawati apabila merancang percutian ke sana:
Muzium WonderFood, George Town

Audi Dream Farm, Balik Pulau

Entopia by Penang Butterfly Farm, Teluk Bahang

Escape Theme Park, Teluk Bahang

The TOP Komtar, George Town

Taman Botani, Pulau Pinang

Penang Street Art, George Town

Fort Cornwallis, George Town

Taman Burung Penang, Perai

Pantai Batu Ferringhi, Pulau Pinang

Tropical Spice Garden, Teluk Bahang

Penang sememangnya menawarkan pengalaman percutian yang unik kepada semua pengunjung dari segi budaya, sejarah, keindahan alam semula jadi yang menakjubkan dan makanan tempatan. Jangan sesekali lepaskan peluang untuk mengunjungi tempat menarik di Penang.

Langkawi adalah salah satu tempat menarik dalam negeri Kedah Darul Aman, Malaysia. Ia juga dikenali sebagai destinasi perlancongan yang paling popular di Malaysia. Korang perlu tahu serba sedikit, proses untuk ke Pulau Langkawi untuk persediaan awal. Berikut merupakan tempat menarik yang ada di Kedah ini:
Paradise 101 Langkawi, Kedah
Pulau Langkawi, Kedah

Kolam Air Panas Ulu Lenggong, Baling

Gunung Jerai, Kuala Muda dan Yam

Pantai Merdeka, Kota Kuala Muda

Taman Lagenda, Jeti Kuah

Skytrex Adventure, Langkawi

AquaPark, Jitra

UMGAWA Zipline Eco Adventure, Langkawi

Taman Rekreasi Changlun, Jitra

MnM Whimsical Houses, Changlun

Hal paling penting apabila melancong di tempat yang jauh daripada kawasan rumah. Ibu bapa perlu menempah tempat penginapan, untuk keselesaan dan berehat. Setelah penat memandu ke destinasi yang dituju.
Negeri Selangor Darul Ehsan merupakan tiga belas negeri yang membentuk Malaysia. Selangor terbahagi kepada sembilan daerah yang terkenal yang terdiri dari daerah Hulu Langat, Hulu Selangor, Klang, Kuala Langat, Kuala Selangor, Petaling, Sabak Bernam, Gombak dan Sepang.

Ramai orang yang tidak sedia maklum di Selangor bukan tempat untuk bekerja sahaja padahal ada tempat menarik untuk berseronok dan isi masa bersama keluarga sekiranya anda tidak mahu memandu jauh.
Taman Tema Sunway Lagoon, Subang Jaya

Zoo Negara, Ampang

Farm In The City, Seri Kembangan

Gold Coast Morib International Resort, Banting

Rumah Kebun, Hulu Langat

Taman Botani, Shah Alam

Santuari Ikan Sungai Chiling, Kuala Kubu Bahru

Wet Word Theme Park, Selangor

Korang boleh semak dan beli tiket serta-merta secara atas talian serta boleh membuat pengiraan bajet perlancongan sebelum bergerak ke destinasi ini seperti, Taman Tema Sunway Lagoon, Farm In The City atau Wet Word Theme Park. Terdapat juga beberapa homestay dan restoran mudah untuk dijumpai kerana kawasan bandar.

Negeri Sembilan yang kaya dengan adat budaya dan keunikan masyarakat yang terletak pada Adat Perpatih yang diamalkan sejak berzaman dan diperturunkan secara lisan dari satu generasi ke satu generasi.
Adat perpatih bermaksud adat yang menimbulkan yang baik dan menghilangkan yang buruk yang ingin ditonjolkan satu peraturan sistematik dan keharmonian masyarakat.

Negeri Sembilan yang dimaksudkan terdiri daripada sembilan buah negeri iaitu sungai Ujong , Rembau, Johol, Jelebu, Seri Menanti, Inas, Terachi dan Gunung Pasir.
Sedikit sebanyak penerangan tentang Negeri Sembilan, disebabkan oleh ia sebuah negeri yang agak luas dan banyak tempat yang boleh menjadi tumpuan utama untuk melancong seperti:
Wild West Cowboy InDoor Theme Park, Port Dickson

Pusat Ikan Hiasan, Port Dickson

Seremban Hill Park, Seremban

Alive 3D Art Gallery, Port Dickson

Extreme Park PDM, Port Dickson

Muzium Replika Astana Raja Melawar, Negeri Sembilan

Pantai Teluk Kemang, Port Dickson

Pusat Penetasan Penyu, Port Dickson

Sungai Timun Fireflies, Rembau

Port Dickson, Negeri Sembilan

Dickson Dragon Cruise, Teluk Kemang

Sekiranya ingin ke Dickson Dragon Cruise untuk melihat Sunset Cruise, korang boleh dapatkan tiket atas talian sebelum tiket habis. Banyak juga tempat menarik di Negeri Sembilan ni kan? Tak cukup sehari kalau nak ke semua tempat menarik ni. Korang juga ada pilihan untuk menginap di hotel berhampiran pantai atau hotel yang berada di kawasan Port Dickson di Seremban.
Negeri terkecil dengan gelaran kehormatan Perlis Indera Kayangan di Malaysia. Perlis terletak di bahagian utara pantai barat Semenanjung Malaysia dan mempunyai Wilayah Satun dan Songkhla Thailand di sempadan utara.
Perlis kini mempunyai sebuah pulau di perairan iaitu Pulau Batu Layang berhampiran Loji Tenaga Perlis, Kuala Sungai Bharu. Ia juga negeri yang terkenal dengan pusat penyelidikan dan penternakan ular di Sungai Batu Pahat.
Antara tarikan pelancongan utama adalah Gua Kelam dan Taman Negeri Perlis, namun kami akan bawakan lebih lagi tempat yang menarik:
Festival Mangga Harum Manis, Perlis

Masjid Terapung Al-Hussain, Kuala Perlis

Galeri Diraja, Arau Perlis

Taman Ular Dan Reptilia, Perlis

Kuala Perlis

Ladang Burung Unta, Perlis

Pesta Angin Timur, Perlis
Walaupun secara geografinya negeri Perlis negeri terkecil di Malaysia, tetapi tetap mempunyai banyak daya tarikan pelancongan yang tersendiri.
Destinasi penginapan di Perlis hanya terdapat di lokasi strategik yang boleh anda temui seperti hotel, chalet dan homestay. Tidak menjadi masala untuk mencari penginapan yang ideal di Perlis memandangkan tempat-tempat menarik di Perlis sering menjadi kunjungan pelancong tidak jauh antara satu sama lain.

Tiada lagi masalah, setiap kali sampai ke satu tempat. Korang terus buntu hendak ke mana, sedangkan setiap negeri mempunyai lebih daripada sepuluh tempat yang berjaya mengisi masa cuti dengan berkualiti.
Semoga senarai tempat menarik bagi lapan negeri ini, dapat membantu korang membuat penghitungan wang, jarak perjalanan dan aktiviti percutian bersama keluarga tercinta. Korang hendaklah sentiasa berhati-hati walaupun di mana pun berada, keselamatan diri dan keluarga sangatlah penting.
Sumber: Trip.com