Ada yang sedang merancang percutian ke Hong Kong tapi masih 50-50 sebab banyak benda perlu dipertimbangkan? SK berpeluang ke sana selama 4 hari 3 malam baru-baru ini untuk menjelajah destinasi dan aktiviti mesra muslim di sana. Jom!
Ringkasan itinerari 4 hari 3 malam
Hari 1: Tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong, pameran “Twilight of the Warriors”, menginap di Hotel Alexander (mesra muslim) dan makan malam di Pasteako.
Hari 2: Melawat perkampungan nelayan Tai O, Po Lin Monastery, perkampungan Ngong Ping, makan malam di MamTom dan Ladies’ Market.
Hari 3: Melawat Tai Kwun, melawat dan makan tengahari di Islamic Centre, melawat Central Market, melawat PMQ (old Hollywood Road Police Married Quarters) dan makan malam di Bombay Dreams
Hari 4: Hong Kong Disneyland
Kad Octopus (Octopus Card)
SK cadangkan untuk korang yang ingin ke Hong Kong untuk mendapatkan Kad Octopus ini. Kalau di Malaysia, kad ini berfungsi sama seperti Touch ‘n Go/NFC yang boleh digunakan bukan sahaja untuk setiap perkhidmatan pengangkutan awam, malah digunakan di kebanyakkan kedai serbaneka dan tempat tarikan di sana. Kad ini berharga 50HKD dan boleh didapati di mana-mana stesen Perkhidmatan Rel Transit Massa atau Mass Transit Railway (MTR).
Itinerari Hari Pertama Di Hong Kong
Pernah tengok movie Twilight of the Warriors: Walled In? Filem dari Hong Kong yang tidak mengecewakan, mengimbau kembali era kegemilangan Hong Kong saat itu. Kisah perebutan kuasa dan kawasan.
Sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong (LTAHK), kami terus ‘disambut’ dengan set dua tingkat daripada filem Twilight of the Warriors: Walled In. Bagi yang sudah menonton filem itu, korang pasti akan teruja. Set itu lengkap dengan papan tanda ikonik “Kowloon Walled City”, serta memperlihatkan keadaan sebenar bangunan di zaman itu dengan kedai gunting rambut, warung, tempat membaiki alat elektrik, sekolah dan lorong-lorong kecil persis seperti dalam movie.
Jadi, untuk korang yang nak merancang untuk ke Hong Kong, SK cadang korang tengok dulu filem Twilight of the Warriors: Walled In, baru feel orang cakap.






Check – in Hotel Alexandra, Hong Kong
Daripada semua hotel bintang 4 di Hong Kong, Hotel Alexandra sangat popular dalam kalangan pelancong. Café A yang terletak di bahagian lobi hotel turut menyajikan menu halal. Hotel ini juga berdekatan dengan MTR stesen Island Line Fortress Hill serta kedai serbaneka disekeliling kawasannya.










Makan malam daging stik dan pasta @ Pasteako, PMQ @ ABERDEEN STREET




Waktu makan malam kami dibawa ke Pasteako yang terkenal dengan homemade pasta dan daging stik yang melalui proses pengeringan (dry-aged).
Pasteako – Block B, G/F, Hollywood, PMQ, 35 ABERDEEN STREET HG01-05
Waktu Operasi: 12-3pm, 5-10:30pm
Hari Kedua Di Hong Kong
“Venice of Hong Kong” – Jelajah perkampungan nelayan @ Tai O Fishing Village
Terletak di Pulau Lantau, perkampungan ini turut dokenali sebagai “Venice of the Orient”, satu-satunya tempat di Hong Kong memiliki komuniti nelayan yang telah menetap lebih 100 tahun.
Tips: Kalau korang merancang untuk ke Ngong Ping 360 dan “Big Buddha” pada hari yang sama, beli pas Tai O 360 adalah pilihan yang baik untuk memudahkan perjalanan. Pas ini termasuk perjalanan kereta gantung (cable car) pergi-balik, bas pergi-balik ke/dari Tai O, serta perjalanan menaiki bot selama 20 minit menelusuri rumah atas air di Tai O, ditambah baucar seek bernilai HK$20.
(Masuk percuma)








Po Lin Monastery
Kembali ke dalam bas, kami melalui pemandangan luar bandar yang indah sepanjang menuju ke Po Lin Monestery yang merupakan “rumah” bagi Patung Buddha tembaga yang terbesar di dunia.




Ngong Ping Plateau, Lantau Island
Waktu Operasi: 9am – 6pm (Masuk percuma)
Ngong Ping 360 Cable Car

Ruang solat di Ngong Ping 360 Cable Car








Ngong Ping 360 Cable Car merupakan yang terpanjang di dunia sepanjang 5.7 km dengan perjalanan yang mengambil masa 25 minit dari permulaan di Ngong Ping hingga ke penghujung destinasi, Tung Chung.
Ngong Ping 360 Cable Car juga merupakan kereta kabel bi-kabel terpanjang Asia dengan pemandangan panorama yang menakjubkan daripada gunung hingga ke lautan.
Tips: Menjadi salah satu tarikan paling kerap dilawati, korang perlu berbaris agak panjang sebelum boleh menaiki Ngong Ping 360 Cable Car. Elakkan hujung minggu dan cuti jika boleh. Jika tidak, lebih baik pergi lebih awal pada waktu pagi atau dapatkan tiket lebih awal dengan lorong khas untuk menjimatkan masa.
11 Tat Tung Road, Tung Chung, Lantau Island
Waktu Operasi: Isnin – Jumaat 10am – 6pm
Sabtu – Ahad & Cuti Umum 9am – 6:30pm
Makan malam ala Vietnam
Terletak di Tsim Sha Tsui, Mamtom adalah restoran wajib kunjung untuk yang mencari masakan Vietnam autentik dengan sijil halal.
Korang yang suka pedas, jangan lupa pesan sayap ayam panggang pedas dengan bumbu cili ala Thailand dan serai.








Tsim Sha Tsui, Mody Rd, 62號永安廣場
Waktu Operasi: 12pm – 1am
Ladies market
Terletak di Mong Kok, ladies market ini adalah salah satu pasar paling terkenal di seluruh Hong Kong! Pasar sepanjang 1 km ini dilengkapi pelbagai barangan dariapda aksesori, peralatan rumah, elektronik, dan cenderamata. Pasar ini syurga untuk korang yang pandai tawar-menawar.
Ladies market ini dibuka awal tengahari sehingga tengah malam, namun ada beberapa kedai yang tutup sebelum tengah malam, jadi jangan datang lambat sangat.


Tung Choi St, Mong Kok
11am – 11:30pm (Masuk percuma)
Hari Ketiga Di Hong Kong
Tai Kwun, dari balai polis ke pusat warisan dan seni
Tai Kwun bermaksud balai besar. Balai pusat ini ditutup pada tahun 2004 dan penjara didalamnya lebih kurang dua tahun kemudian. Penjara Victoria ada penjara pertama dan terlama beroperasi di Hong Kong sejak 1841 lalu. Kompleks ini terdiri daripada 16 bangunan bersejarah yang dikelompokkan di sekitar balai polis yang dibangun antara tahun 1864 dan 1925.
Kami berpeluang masuk dibeberapa sel penjara dan merasakan sendiri kehidupan banduan ketika itu. Selain sejarah, pengunjung juga boleh menikmati keindahan seni visual, musik dan pertunjukan serta film screenings, serta beberapa program berilmiah lain.






10 Hollywood Road
Waktu operasi: 10am – 8pm (Masuk percuma)
Masjid Kowloon
Stesen MTR terdekat untuk ke Masjid Kowloon ini adalah MTR Tsim Sha Tsui (pintu keluar A1). Daripada luar dapat dilihat rekabentuk bumbungnya yang menyerupai buah pic, masuk kedalam korang akan terpesona dengan lampu kristal gergasi dibahagian atas. Masjid ini menjadi pusat pengumpulan masyarakat muslim di Hong Kong.

Maklumat untuk pengunjung:
Pengunjung tidak dibenarkan memakai baju atau seluar pendek, dan perlu memakai penutup kepala.
Ketika memasuki masjid, pengunjung harus menanggalkan kasut mereka mengikut adat dan masuk tanpa kasut.
Pengunjung perlu mematuhi peraturan semasa di masjid, tidak boleh merosakkan barang di dalam masjid, hormat dan bercakap perlahan.
105 Nathan Road, Tsim Sha Tsui, Kowloon
Waktu operasi: 5am – 10pm
Makan dim sum di Islamic Centre Canteen
Untuk ke sini menggunakan MTR, korang perlu ke Causeway Bay (keluar pintu A) dan jalan lebih kurang 1 minit atau turun di stesen MTR Wan Chai (keluar pintu A3).
Kantin ini menawarkan pelbagai masakan Cina yang pastinya halal. Menu dim sum jangan lupa cuba. Untuk pesan, korang akan diberi kad hijau untuk dibawa ke kaunter bersama pilihan menu yang sudah ditanda, untuk hidangan lain, korang boleh terus pesan daripada meja.










Wan Chai, Oi Kwan Rd, 40號伊斯蘭中心5樓
Waktu operasi: 10am – 8pm
Central Market ala Pasar Seni di KL
Tempat ini dulunya adalah pasar basah yang ditutup ketika area sekitarnya mula berkembang menjadi bandar. Kemudian, tempat ini diubah suai menjadi pusat perbelanjaan urban terdiri daripada, kiosk cenderamata, medan selera, kafe dan banyak lagi. Sepanjang penelusuran Central Market, korang akan perasan beberapa pameran seni atau kedai dengan dekorasi klasik daripada kedai-kedai yang ada di sana.




Beli cenderahati di Imperial Patisserie






93 Queen’s Road Central
Waktu operasi: 10am – 10pm (masuk percuma)
Makan malam di restoran senarai Michelin Guide, Bombay Dreams
Dianugerahkan Michelin Guide Hong Kong dan Best of the Best Dining Guide selama 12 tahun berturut-turut sejak 2009.









1/F, Winning Centre, 46 Wyndham St, Central
Waktu operasi: 12pm – 3pm, 6pm – 11pm
Hari Keempat Di Hong Kong
Hari terakhir di Disneyland Hong Kong – Kemudahan untuk muslimin muslimat
Rasanya tak perlu kami jelaskan betapa seronoknya Disneyland dengan segala permainan di sana, tengok gambar pun dah teruja, apatah lagi ada dekat sana dan tengok dengan mata kepala sendiri.
Kami ingin bercerita tentang “Quiet Room” yang merupakan bilik beribadah dengan saiz sekitar 3×4 meter. Arah kiblat turut disediakan dan ditampal diatas dinding.




Cuma ada sedikit kekurangan, ruang solat tidak dipisahkan antara lelaki dengan perempuan. Pun begitu, ada langsir yang memisahkan ruangan wudhu; dengan dua tempat, agak sedikit kecil tapi cukup selesa untuk digunakan.
Selain itu, Disneyland Hong Kong juga menawarkan variasi makanan halal di Tahitian Terrace in Adventureland. Jadi, korang tak perlu risau kalau kelaparan di sana, ada juadah halal yang boleh dibeli dan dinikmati.





Hong Kong






Untuk korang yang berkesempatan berkunjung ke Disneyland Hong Kong pada hujung tahun, korang adalah antara pengunjung bertuah yang dapat menyaksikan sendiri dekorasi Krismas di sana serta persembahan tambahan sempena sambutan Krismas. Pokoknya, tak sah jika ke Hong Kong tapi tak ke Disneyland.
Tamatlah itinerari mesra muslim 4 hari 3 malam di Hong Kong. Kalau boleh disimpulkan, Hong Kong ini menarik dengan setiap seni arketik yang terselit sejarah setiap daripadanya, budaya kota yang sedikit berbeza dengan Malaysia, apatalah lagi pengalaman kulinari yang tidak terhad bagi kita yang beragama Islam. Jangan lupa, Hong Kong ini bandar canggih, jadi boleh dikatakan semua tempat di kawasan bandar menggunakan kad atau tiket masuk. SK cadangkan untuk mengunjungi destinasi hotspot, tempat tiket awal sebelum lawatan.
Sebarang maklumat lanjut tentang tarikan istimewa serta lokasi kedai makan halal terbaik di Hong Kong, korang boleh layari laman web rasmi Hong Kong Tourism Board di SINI.