Pandora Perkenal Koleksi ‘Out of The Blue’ Bertemakan Lautan & Kelestarian
Pandora mengajak peminatnya menyelami keindahan alam lautan menerusi koleksi terbaharu bertemakan musim panas, Out of The Blue. Menampilkan pesona rekaan dari elemen laut dimana setiap satu direka dengan penuh perincian untuk mencetuskan rasa kebebasan, dan keajaiban alam semula jadi.

Daripada Ocean Charm berwarna turquoise yang melambangkan ketenangan dan keseimbangan, hingga ke Coral Ocean Charm yang mewakili semangat dan kehangatan musim panas, koleksi ini bukan sekadar aksesori, tetapi simbol kepada pengalaman berharga yang dikumpul dari perjalanan dan percutian di tepian pantai.
Setiap pesona dihiasi rona terang dan batu permata menyerlah yang menjadikan koleksi ini sebagai kenangan peribadi bagi pencinta lautan dan musim panas.
Sebagai sebahagian daripada komitmen kelestarian, Pandora juga menyasarkan untuk menggunakan hanya emas dan perak kitar semula menjelang tahun 2025, serta mengurangkan pelepasan karbon sebanyak 50% menjelang 2030.

Untuk maklumat lanjut:

Ikuti Pandora Malaysia di:
Instagram: @pandoramalaysiaofficial
TikTok: @theofficialpandora_my
Facebook: Pandora Malaysia