Panas Terik Di Siang Hari, Ini 10 Cara Elak Rumah Jadi Bahang Untuk Tidur Di Waktu Malam

Edayu

Sejak kebelakangan ini, suhu kepanasan di Malaysia semakin meningkat. Bukan itu je, bahang panas tu terasa sampai nak tidur waktu malam juga tidak selesa tambah-tambah lagi yang tidak ada tingkap, mesti berpeluh macam berada dalam sauna.

Tapi tahukah anda, ada cara untuk mengatasi maslah kepanasan di rumah anda. Mungkin dengan cara yang bakal dikongsikan oleh SK hari ini dapat memberi manfaat kepada anda semua.

Gambar sekadar hiasan

Umum mengetahui bahawa negara Malaysia berada di zon Khatulistiwa sangat terdedah dengan cahaya matahari terik sepanjang tahun. Tidak dinafikan cahaya matahari adalah sumber utama untuk pemanasan rumah planet ini.

Untuk mengurangkan panas, sudah pastinya anda akan menggunakan penghawa dingin namun ianya bukanlah suatu pilihan yang terbaik dari segi kewangan anda. Jadi, mari kita lihat apa yang erlu dilakukan di rumah kita untuk elak terasa bahang pada waktu malam.

1. Sentiasa membuka tingkap

Jika rumah anda memiliki tingkap, sentiasalah membuka tingkap supaya dapat memastikan kadar pertukaran udara dalam dijalankan dengan baik.

2. Menanam pokok teduhan

Strategi untuk menanam pokok teduhan di luar rumah untuk melindungi daripada cahaya panas menyerap masuk ke dalam rumah.

3. Warnakan bumbung

Pastikan anda mengecat bumbung dengan warna yang dapat memantul sinar UV daripada menyerapnya.

4. Tutup langsir

Ketika cuaca panas, sebolehnya tutup tingkap rumah dengan langsir untuk mengurangkan cahaya panas berlebihan masuk ke dalam ruang rumah.

5. Tanggalkan plug elektronik

Untuk pengetahuan anda, penggunaan tv atau komputer adalah merupakan salah satu punca habar terhasil.

6. Tukar cadar

Seelokknya anda tukar cadar atau alas tilam kepada fabrik yang lebih sejuk seperti cotton.

7. Gantung helaian basah

Untuk menyejukkan seluruh ruang rumah anda, gantunglah lembaran kain basah dihadapan tingkap yang terbuka ketika ada angin. Ini akan membantu anda menyejukkan suhu bilik dengan cepat.

8. Menggunakan blok ais

Penghawa dingin DIY boleh dibuat dengan meletakkan sebakul ais di dalam bekas atau mangkuk, dan halakan kepada angin di dalam rumah anda, secara tidak langsung ia akan menyejukkan suhu.

9. Menggunakan anjuran bumbung

Unjuran bumbung yang panjang juga akan meredupkan bukaan tingkap atai pintu. Ia juga dapat melindungi dinding dari menyerap haba.

10. Guna lampu dari jenis kurang memancarkan haba.

Penggunaan lampu rumah juga memain peranan penting untuk mengurangkan kesan bahang di dalam rumah anda.

Sumber: Lifehack