Dalam keadaan pandemik COVID-19 yang masih belum pulih ini, tiada cara lain yang boleh mengawal serta menghalang jangkitan virus selain daripada penggunaan vaksin.
Ubat-ubatan lain yang tidak disahkan dan dikaji oleh penyelidik yang didakwa boleh merawat COVID-19 perlulah dielakkan.
Termasuk sebarang minuman yang didakwa boleh menjadi ‘penawar’ kepada jangkitan COVID-19.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi Facebook memaklumkan bahawa ada pihak yang cuba mengambil kesempatan dengan menjual minuman yang kononnya penawar bagi virus COVID-19.
Dakwaan tersebut adalah tidak benar dan KKM menasihatkan orang ramai agar tidak mudah terpedaya dengan penipuan tersebut.
Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia