Karaoke adalah salah satu aktiviti waktu santai yang menjadi pilihan sebilangan orang, tambahan pula bila berkumpul dengan rakan-rakan.
Baik suara sedap atau biasa-biasa, karaoke boleh dijadikan medium untuk hilangkan tekanan selepas seharian bekerja. Tambah-tambah pulak bila nyanyi lagu nada tinggi, dapat jerit tu rasa hilang semua stress.
Tapi lain pula ceritanya dengan lelaki warga China ini. Kerana terlalu memaksa diri nyanyi lagu nada tinggi semasa berkaraoke di majlis sambutan hari jadi rakannya, lelaki berusia 25 tahun dari wilayah Hunan ini terpaksa dikejarkan ke hospital selepas mengadu sakit dada.
Menurut Oddity Central, hasil keputusan ujian X-Ray mendapati lelaki berkenaan mengalami masalah paru-paru kecut atau pneumothorax, keadaan di mana gelembung udara terperangkap dalam paru-paru dan boleh membahayakan nyawa.
Semasa sesi karaoke pada hari sebelumnya, dia dipercayai menyanyikan sebuah lagu tempatan yang terkenal dengan nada tinggi. Lelaki tersebut dikatakan mengalami kesukaran bernafas keesokan paginya dan dibawa ke hospital oleh ahli keluarga.
Menurut doktor yang memeriksa lelaki itu, dia terlalu memaksa diri untuk mencapai nada tinggi dalam lagu berkenaan sehingga kantung udara di paru-paru kanannya pecah. Lelaki berkenaan terpaksa menjalani prosedur bullectomy di Hospital Pusat Changsha dan telah dibenarkan discaj dari hospital.
Sumber: Oddity Central