Pakej Khas Internet Percuma Kepada Semua Pelanggan Telekomunikasi Bermula 1 April

Sha Rossa

Internet percuma akan diberikan kepada semua pelanggan bermula 1 April 2020 melalui pakej khas yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat komunikasi.

Perkara tersebut diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam siaran langsung Pakej Ransangan Ekonomi Negara, sebentar tadi.

Kemudahan internet percuma dengan nilai RM600 juta itu akan dinikmati oleh rakyat selama tempoh Perintah Kawalan Pergerakan dijalankan.

Di samping itu, tambahan RM400 juta akan dilaburkan untuk meningkatkan liputan dan keupayaan rangkaian bagi mengekalkan kualiti rangkaian kepada semua rakyat.

Sumber: Muhyiddin Yassin