Sehingga sekarang, negara-negara seluruh dunia masih lagi berjuang melawan wabak COVID-19 yang belum kelihatan tanda-tanda akan hilang dari muka bumi. Setelah hampir dua tahun kita hidup dalam keadaan pandemik ini, adakah situasi akan lebih membaik atau sebaliknya?
Walaubagaimanapun, menurut laporan CNA, Singapura telah menjangkakan virus COVID-19 ini akan tetap ada dalam komuniti, dan menjadi semacam endemik.
COVID-19 bakal bertukar endemik

Endemik merujuk kepada sebuah wabak yang akan tetap ada dalam sebuah populasi, dengan kadar terinfeksi kekal pada jumlah yang telah dijangkakan.
Presiden Persatuan Mikrobiologi Klinikal dan Infeksi Asia Pasifik, Professor Paul Tambyah mengambil endemik Influenza H1N1 A sebagai contoh. Endemik wabak ini terjadi selama satu tahun setengah.
Professor Dale Fisher, Pengerusi Rangkaian Tindak Balas dan Amaran Penularan Global Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) berkata, vaksin COVID-19 terbukti berkesan menjadikan wabak ini sebagai ‘penyakit biasa’.
“COVID-19 akan menjadi seperti ‘demam biasa’ sahaja,” tambah Prof Tambyah.
Bila COVID-19 akan bertukar endemik?
Menurut Prof Fisher, menjadi endemik bermaksud COVID-19 takkan ‘pergi’.
Tak dapat dipastikan bila COVID-19 akan menjadi endemik secara global, namun menurut Prof Tambyah, mungkin mengambil masa tiga hingga empat tahun untuk kita sampai ke tahap itu.
Sumber: Channel News Asia