
Setelah sekian lama menderita penyakit buah pinggang polikistik dominan autosomal, seorang warga emas 56 tahun di India boleh menarik nafas lega apabila pakar bedah telah berjaya mengeluarkan satu ketulan besar yang sama dengan saiz bola boling.
Ketulan seberat 7.4 kilogram itu merupakan salah satu ketulan terbesar yang pernah dikeluarkan oleh pakar-pakar bedah tersebut.
Menurut salah seorang ahli pakar bedah, Sachin Kathuria, berat buah pinggang biasanya sekitar 120 gram sehingga 150 gram dan panjang 12cm namun buah pinggang yang dikeluarkan dari lelaki itu panjang sehingga 45cm.
“Ia adalah ketulan gergasi yang meliputi separuh daripada perutnya. Kami sedar ia ketulan buah pinggang yang besar tapi tidak pernah terfikir akan seberat ini,” katanya.
Penyakit buah pinggang yang dialami oleh lelaki itu disebabkan oleh cyst yang dipenuhi cecair dan mula membesar di dalam buah pinggangnya. Doktor melakukan pembedahan kerana mereka mengesan pendarahan dalaman dan menyebarkan jangkitan.
Lelaki itu dikatakan dalam keadaan baik dan dalam proses melakukan dialisis untuk transplan buah pinggang.
The Guinness Book of Records pernah merekodkan buah pinggang terbesar yang dikeluarkan dari badan manusia adalah seberat 4.5 kilogram dalam sebuah pembedahan di Dubai pada tahun 2017.
Para doktor di New Delhi pula mendakwa bahawa mereka pernah menjumpai maklumat perubatan yang menunjukkan buah pinggang seberat 9 kilogram dikeluarkan dari badan pesakit.
Sumber: Channel News Asia, Sinar Harian