Pakai Pes Ini, Pak Haji Ajar Cara Nak “Check” Ada Air Ke Tak Dalam Tangki Minyak
Sebelum ini, Siakap Keli ada berkongsi cara bagaimana pekerja stesen minyak mengenalpasti kehadiran air dalam tangki minyak di stesen minyak.
Dalam artikel berkenaan, mereka memaklumkan bahawa tindakan tersebut perlu dilakukan bagi mengelakkan pencemaran di dalam tangki minyak.
Menurut pekerja berkenaan, kehadiran air boleh menyebabkan tangki minyak berkarat dan menjadi penyebab hakisan berlaku. Air juga dikhuatiri menggalakkan pertumbuhan mikrob di dalam tangki.
Kali ini, kita akan mempelajari magik dari pencipta kandungan di TikTok yang terkenal dengan kandungan berkaitan bahan api fosil yang mesra dengan panggilan Pak Haji (@petronaspulaiperdana).
Dalam video yang berdurasi seminit 25 saat, menunjukkan cara yang biasa digunakan untuk menguji kehadiran air dalam tangki minyak, namun dengan penjelasan dan contoh yang lebih mudah.
Sebelum memulakan acara ‘magik’, Pak Haji telah menyediakan dua bekas lutsinar yang mengandungi dua sebatian berbeza. Pada bekas pertama, terdapat cecair yang berwarna kuning keemasan di dalamnya dan ia merupakan minyak petrol tulen, tanpa sebarang bendasing.
Kredit: TikTokManakala, satu lagi bekas menunjukkan sebatian yang memiliki lapisan cecair kuning keemasan dengan cecair lutsinar. Sebatian tersebut merupakan campuran antara minyak petrol tulen dengan air biasa.
Kredit: TikTokSeperti yang kita pernah pelajari di bangku sekolah, minyak dan air tidak akan bercampur disebabkan perbezaan ketumpatan.
Oleh itu, air akan berada di bawah lapisan minyak kerana sebatian H2O ini lebih tumpat berbanding minyak.
Berbalik pada pertunjukan magik Pak Haji, beliau berkata orang ramai boleh mengesan kehadiran air dalam minyak walaupun tidak dapat melihatnya secara terus.
Jika melihat pada situasi sebenarnya, kita sendiri tidak dapat melihat kandungan air dalam tangki minyak kenderaan kita disebabkan bahagian tersebut bersifat legap.
Bagaimana untuk mengenalpasti kandungan air dalam tangki yang berwarna legap?
Maka, salah satu kaedah yang dikenali sebagai pencelupan ‘dipping‘ diperkenalkan untuk mengenalpasti kandungan air di dalam tangki minyak.
Kali ini, kita boleh melakukan proses dipping dengan menggunakan barangan yang mudah diakses seperti pembaris keluli.
Cumanya, anda perlu mencari satu bahan yang dikenali sebagai water finding paste. Bahan ini diperlukan kenara ia akan menentukan sama ada wujud kandungan air dalam minyak atau tidak.
Bahan itu cuma perlu disapukan sedikit pada hujung pembaris keluli yang hendak dicelup ke dalam minyak.
Kredit: TikTokPada asalnya, warna pes tersebut berwarna merah jambu pucat. Dalam uji kaji ini, Pak Haji terlebih dahulu mencelupkan pembaris berkenaan dalam bekas yang mengandungi minyak tulen.
Sekiranya tiada air di dalam minyak, seperti diuji dalam bekas minyak tulen, tiada perubahan warna berlaku pada bahan pes.
Berbeza pula pada bekas kedua, warna pes tersebut berubah pada warna merah/merah jambu pekat apabila tersentuh lapisan air dalam sebatian tersebut.
Ketinggian lapisan air juga dapat diukur pada pembaris berkenaan, dengan melihat ukuran pada bahagian pes yang telah bertukar warna.
Akhir sekali, Pak Haji berkata, untuk pengjagaan tangki yang optimum, ujian ini digalakkan dilakukan empat kali sehari.
BACA: Jika Lampu Minyak Mula Berkelip, Berapa KM Lagi Kereta Boleh Jalan? Ini Jawapannya
Sumber: petronaspulaiperdana via TikTok