Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Noor Hisham Abdullah menasihatkan orang ramai agar memakai pelitup muka dengan betul.
Dalam satu statusnya di laman Twitter milikknya Dr Noor Hisham menegur orang ramai agar memakai pelitup muka dengan betul atau menannggalkannya terus.
Turut disertakan satu infografik tentang kesan jika orang ramai hanya menanggalkan separuh dan diletakkan di bawah dagu.
“Pakai pelitup muka dengan betul atau tanggal sepenuhnya”
Jika anda dapat lihat dalam grafik tersebut memberi amaran supaya tidak meletakkan pelitup muka di dagu kerana ia lebih terdedah dengan bakteria dan ia mudah tercemar pada hidung, mulut dan muka anda.
Menurut penjelasannya, walaupun keika makan dan minum serta melakukan sebarang aktiviti orang ramai diminta untuk menanggalkan pelitup muka tersebut sebaiknya.
Rata-rata netizen turut memberi komen positif tentang perkongsian tersebut dan menjadikan ia satu info baharu kepada orang ramai.
Sumber: Dr Noor Hisham