
Pakai Penapis Ja, Wanita Kongsi Tip Tanam Kangkung Guna Tiga Bahan
Ada tak disini penggemar sayur kangkung? Seperti yang kita tahu, sayuran ini merupakan salah satu sayur paling diminati oleh masyarakat Malaysia.
Ia banyak digunakan dalam masakan bahkan boleh dimakan begitu sahaja dengan gabungan sambal belacan. Pasti terlajak tambah nasi!
Seperti yang diketahui, kangkung mudah untuk tumbuh di kawasan yang berair seperti paya, parit dan banyak lagi.
Walau bagaimanapun, perkara ini tentunya membimbangkan habitat aslinya kerana sayuran ini juga gemar menjadi rumah serengga atau ulat, pacat dan juga lintah.
Disebabkan itu, ramai yang memilih untuk menanam tumbuhan hijau ini di belakang rumah dengan menggunakan pelbagai kaedah seperti hidroponik dan banyak lagi.
Tambahan lagi, tumbuhan ini tidak mengambil waktu yang lama untuk tempoh matang atau dipetik.
Jadi hari ini, SK akan berkongsikan salah satu kaedah penanaman sayur kangkung yang tular di media sosial baru-baru ini di bawah.
Menerusi video yang dimuat naik oleh pengguna TikTok @iamlinn7, ia menunjukkan sayuran itu mulai merimbun hanya dalam masa 21 hari sahaja.
Yang lebih menyakinkan lagi ia ditanam dalam bekas baldi, yang mana dijamin bebas daripada pacat atau lintah.
Secara tidak langsung, individu akan lebih yakin untuk memasak sayur tersebut.
Menurut pemilik video, kangkung tapis itu boleh dipetik seawal 21 hari dengan mengerat batangnya.
Ia juga tidak perlu mencabut batangnya supaya ia dapat menghasilkan daun dan batang kangkung yang lebih besar.
Cara tanam kangkung tapis

Pertama, ambil baldi yang sudah diisi air dan letakkan penapis pada permukaan baldi. Pastikan air yang diisi menyentuh permukaan penapis.
Kedua, semai benih kangkung di atas penapis tersebut. Dalam beberapa hari, benih tersebut akan mula bercambah sebelum tunas kangkung mula keluar menghijau.
Ketiga, sehingga hari ke-16 sayuran itu sudah mula merimbun.
Pada hari ke-21, sayur kangkung boleh dipetik. Senang je kan?
Untuk lebih penjelasan, boleh tonton video di bawah. Semoga bermanfaat.
Sumber: TikTok @iamlinn7