
Pakai Abaya & Tudung, Penampilan Sopan Beyonce Di Qatar Curi Tumpuan
Penyanyi terkenal Hollywood, Beyonce mencuri tumpuan ramai apabila dilihat menggayakan abaya dan bertudung ketika membeli belah di Qatar.
Menerusi beberapa gambar yang dikongsikan di laman X peminatnya, Beyonce dilihat memakai pakaian serba hitam dan berada di dalam sebuah kedai barangan mewah.
Pengguna media sosial memberikan pelbagai reaksi dan ada yang berkata penyanyi itu memakai pakaian terbabit kerana menghormati budaya tempatan di Qatar.
Ia mungkin juga menjadi ‘perlindungan’ untuknya agar tidak dikenali oleh para peminat dan boleh berjalan-jalan dengan lebih bebas.
Selain Beyonce, suaminya, Jay-Z turut dilihat berada di negara Timur Tengah itu.
Muzium Negara Qatar telah berkongsi gambar Jay-Z yang melawat lokasi tarikan ramai itu.
“Kami berbesar hati dan mengalu-alukan Jay-Z ke Muzium Negara Qatar iaitu tempat di mana kami berkongsi kisah kekayaan warisan negara ini,” kata pihak muzium di Instagram.
Bagaimanapun, kelibat Beyonce tidak dilihat bersamanya di dalam gambar terbabit.
Beyonce sebelum ini telah menamatkan konsert jelajahnya di Las Vegas pada Julai lalu.
Sumber: TMZ