
Sakit hati apabila bil elektrik di rumahnya melambung, seorang lelaki membuat aduan mengenai perkara tersebut kepada pihak Suruhanjaya Tenaga (ST) di laman Twitter.
Pengguna yang hanya mahu dikenali sebagai Jay menyifatkan perkara itu adalah tidak munasabah bila didapati bil elektrik meningkat daripada kadar biasa yang diterima.
Menurutnya, dia telah bekerja daripada rumah sejak bertahun-tahun bahkan sebelum pandemik dan perintah kawalan pergerakan (PKP).
“Sejak lebih lima tahun, aku tinggal dan kerja dari rumah. Tak pernah berubah rutin hidup aku. PKP ke pandemik ke, El Nino ke sepatutnya sama je.
Hantaran itu mendapat perhatian pihak ST dan kakitangan bertugas telah dihantar untuk memeriksa meter elektrik. Walau bagaimanapun, melalui pemeriksaan, meter di rumahnya dikatakan dalam keadaan baik. Jay kemudian diminta untuk mendapatkan kontraktor bagi memeriksa peralatan elektrik di dalam rumah.

“Kesian ST, TNB kena hentam. Aku rasa mesti ada yang macam aku juga. Tak faham konsep dan kepentingan penggunaan tenaga secara cekap. Membazir tenaga sampai bil melambung disebabkan salah sendiri. Lepas bagi tahu ST, mereka kongsi beberapa tips penjimatan tenaga yang boleh mengurangkan 5 hingga 10% dari jumlah bil.”
Untuk menjimatkan tenaga, terdapat 3 cara yang boleh dilakukan oleh pengguna iaitu no-cost measure serta medium and high-cost measure. Untuk no-cost measure ini lebih kepada habit kita setiap hari di mana ia tidak melibatkan kos tambahan, tetapi boleh menyumbang kepada penjimatan sebanyak 5-10%. Contohnya:
Medium and high-cost measure pula melibatkan pelaburan bagi membolehkan penjimatan tenaga yang berterusan, dan ia dapat memberi penjimatan yang lebih besar, sehingga 20%. Antaranya adalah:
Menggantikan lampu biasa kepada lampu yang cekap tenaga seperti lampu kalimantang T5, lampu kalimantang mampat (CFL) atau lampu LED. Penjimatan yang dapat dihasilkan bukan saja dari segi penggunaan tenaga tetapi juga dari segi jumlah lampu yang perlu digunakan serta jangka hayat lampu.
Beli dan gunakan peralatan elektrik cekap tenaga yang menerima penarafan Standard Prestasi Tenaga Minimum atau dalam Bahasa Inggeris Minimum Energy Performance Standard (MEPS) sama ada 4 atau 5 bintang. Label ini memberikan maklumat berkenaan tahap prestasi penggunaan tenaga sesuatu peralatan elektrik tersebut. Lebih banyak bintang dalam label, lebih cekap tenaga peralatan tersebut. Harga bagi kelengkapan elektrik cekap tenaga mungkin sedikit lebih mahal, namun ia lebih menjimatkan dalam jangka masa panjang. Sehingga kini, terdapat 9 kelengkapan elektrik yang dilabel dengan Label Cekap Tenaga ini iaitu peti sejuk, penyaman udara, televisyen, mesin basuh, kipas domestik, penyejuk beku, lampu, ketuhar gelombang mikro dan periuk nasi elektrik.

Senang cakap, kecekapan tenaga ini merujuk kepada penggunaan tenaga yang cermat, berhemat dan bijaksana. Sebagai pengguna, amalan kecekapan tenaga ini dapat menolong:
Mengurangkan bebanan bil elektrik bulanan terutama apabila banyak aktiviti dilakukan di rumah,
Menjimatkan kos sara hidup,
Memelihara alam sekitar kerana pengurangan penggunaan tenaga dapat mengurangkan pembebasan karbon hasil dari penjanaan, selaras dengan hasrat kerajaan untuk mengurangkan intensiti pelepasan gas rumah hijau dalam negara sebanyak 45% menjelang 2030,
Mengelakkan pembaziran dan memastikan kelangsungan bekalan tenaga untuk generasi masa hadapan memandangkan sumber bahan api kini semakin berkurangan.
Untuk lebih banyak tips cekap tenaga, ST juga ada menyediakan sebuah buku panduan yang bertajuk “Jimat Tenaga, Lestarikan Alam Sekitar Untuk Masa Depan”. Buku ini boleh didapati di laman web ST dan boleh dimuat turun secara percuma di www.st.gov.my/TipsCekapTenaga.
Untuk sebarang maklumat lanjut atau sekiranya terdapat mempunyai pertanyaan, ST juga boleh dihubungi melalui:
Talian Bebas Tol: 1-800-2222-78 (ST)
Telefon: 03 8870 8500
Facebook page: Suruhanjaya Tenaga (Energy Commission of Malaysia)