Padah Persoal Kedai Serbaneka 24 Jam Tutup Sementara, Individu Teruk Dikecam

syafiq halim

Umum mengetahui bahawa kedai serbaneka yang beroperasi 24 jam memberikan manfaat kepada ramai pelanggan. Apa tidaknya, pelanggan dapat membeli barang keperluan selepas waktu pasaraya dan kedai-kedai runcit yang lain telah tutup.

Pun begitu, ada juga masa yang memaksa kedai serbaneka 24 jam ditutup buat sementara waktu bagi menyelesaikan sesuatu perkara.

Menerusi satu tweet yang menerima kecaman, seorang individu dipercayai telah menyalahkan sebuah premis kedai serbaneka 24 jam yang ditutup buat sementara waktu.

Ciapan tersebut telah mendapat kecaman hebat daripada netizen yang rata-ratanya menganggap dia tidak mengetahui perkara sebenar yang berlaku.

Ekoran tamparan hebat yang diterimanya, individu terbabit telah memberikan penjelasan menerusi bebenang yang seterusnya.

Walaupun individu terbabit telah menerangkan perkara yang sebenarnya, dia masih juga disalahkan oleh netizen dan terus dikecam dengan dakwaannya yang dianggap tidak berasas.

“Aku sebagai ex staff, biasanya kitorang buat macam ni kadang-kadang ada benda yang urgent dan sebab kerja sorang. Jadi tolong, jangan sukahati cakap makan gaji buta”

“Kalau kerja shift malam sorang, memang la macam ni, penat la layan customer macam kau”

Salah satu alasan adalah pernah kena rompak masa subuh

“Aku setiap malam teman kawan aku kerja malam, ianya bukan tentang makan gaji buta, tapi keselamatan diri”

Sumber: Twitter