Kuala Lumpur, 5 Mac – Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pihak organisasi tidak perlu menutup pejabat berikutan penularan wabak COVID-19.
Organisasi yang mempunyai kes positif di tempat kerja tidak perlu ditutup, sebaliknya hanya dinyah jangkit, kata beliau seperti dipetik Bernama.
Namun demikian, cadangan itu tidak dipersetujui sebahagian warga maya yang mendakwa ia membuka ruang risiko penularan di tempat kerja.



Sebelum ini, beberapa organisasi mengambil langkah berjaga-jaga dengan menutup pejabat dan meminta staf mereka bekerja di rumah buat sementara.
Antara badan yang bertindak sedemikian termasuk Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan FELCRA.
Sumber: Bernama