Pihak kerajaan telah membuat pembentangan Belanjawan 2020 berkenaan peruntukan Rm450 juta bagi insentif eTunai Rakyat. Insentif tersebut telah diumumkan oleh Kementerian Kewangan di bawah Belanjawan 2020 untuk diagihkan kepada 15 juta rakyat Malaysia.
Hanya terdapat tiga penyedia eWallet sahaja yang disahkan oleh kerajaan Malaysia bagi perlaksanaan program itu iaitu Touch n Go, eWallet, Boost dan Grabpay.
Anda perlu tahu hanya sekali sahaja setiap orang dapat tebus RM30 itu dan pastikan anda memenuhi syarat. Syarat permohonan eTunai Rakyat Rm30:
Hanya satu aplikasi sahaja boleh digunakan untuk tebus RM30 bukan ketiga-tiga aplikasi itu ye.
Aplikasi Touch’nGo eWallet

Download Touch’nGo eWallet terlebih dahulu di Appstore/Googleplay.
Sahkan atau verity akaun Tonch’nGo eWallet.
Claim e-kredit RM30 dan lain-lain ganjaran ekslusif bermula 15 Januari 2020.
Selesai! Dah dapat belanja RM30 yang ada dalam eWallet.
2. Aplikasi eWallet Boost

Download app Boost terlebih dahulu di appstore/googleplay
Masukkan butiran yang diperlukan dan ikut arahan selanjutnya.
Upgrade kepada Boost Premium.
Sahkan atau verify akaun Boost.
Dapatkan RM5 cashback jika anda berbelanja RM10 yang pertama.
Klik “Get ready to claim e-Tunai” dan ikut arahan yang diberikan.
Claim e-kredit RM30 dan lain-lain ganjaran ekslusif bermula 15 Januari 2020.
3. Aplikasi eWallet GrabPay

Download app Grab terlebih dahulu appstore/googleplay.
Grabpay memang ada didalam app Grab.
Aktifkan GrabPay
Masukkan nama dan nombor kad pengenalan (IC)
Ambil gambar kad pengenalan
Tekan hantar. Anda akan terima pengesahan jika semunya dihantar dengan betul
Kemudian tekan dan tebus RM30 bermula 15 Januari 2020
Selesai! Dah dapat belanja RM30 yang ada dalam eWallet.
Sumber: MauKerja