Gambar : Liputan 6

Orang Ramai Terkejut, Abang Nekad Nikahi Adik Kandung Sendiri Walau Sudah Beristeri

Fildza Zainal

Tindakan seorang lelaki berusia 32 tahun yang merupakan seorang warga daerah Bulukumba, Sulawesi Selatan nyata mengejutkan masyarakat di sekitarnya apabila didakwa telah menikahi adik perempuannya.

Perkara itu dimaklumkan sendiri oleh isteri lelaki terbabit di Pejabat Polis daerah tersebut. Menurut si isteri, suaminya mengambil langkah mengahwini adik bongsunya itu lantaran wanita berkenaan disahkan hamil empat bulan.

Oleh itu, beliau (isteri) bertindak sedemikian untuk memastikan pihak berwajib menyiasat dan mengambil tindakan yang sepatutnya.

Isterinya tidak menyangka perkara sumbang mahram bakal berlaku kerana beliau tidak sedikit pun menaruh perasan curiga terhadap suaminya itu. Baginya, normal jika seorang abang rapat dengan adik sendiri.

Beliau berkata

“Selama ini saya begitu percaya pada mereka, namun setelah perkara ini terjadi saya nekad untuk meminta cerai.”

Kerana isu ini tular di media sosial Indonesia, abang kandung lelaki itu telah mengesahkan bahawa mereka (adik-beradik itu) telah sah bernikah.

“Kami merupakan tujuh adik-beradik dan dia menikah dengan adik bongsu. Kami berharap perkara ini dapat pengadilan yang sepatutnya. Sekiranya ada hukum adat maka saya memohon untuk dilakukan hukum adat.”

Ketua Polis Bulukumba menyatakan bahawa pihaknya telah menerima laporan mengenai pernikahan sedarah tersebut. Beliau menjelaskan:

“Kami sudah menerima laporan yang berkaitan dan sedang melakukan penyiasatan dengan mengambil beberapa keterangan dari keluarga pihak berkenaan.”

Sumber: Liputan 6