Biasanya kalau kita simpan (save) nombor telefon orang di telefon pintar kita, mesti kita hanya akan simpan nama ringkas dan nombornya saja, kan?
Umum mengetahui, perisian sistem telefon pintar kita semakin canggih, dan inilah fungsi yang kita kena gunakan sebaiknya melalui Google Contacts.
Google Contacts ini bukan sahaja boleh simpan data nombor, malah ia juga mampu membantu bisnes yang kita jalankan, lebih-lebih lagi berkenaan simpanan data pelanggan.
Mari ikuti perkongsian oleh warganet Nasrul Azizi Nasaaruddin di bawah ini.
Siapa biasa guna aplikasi Google Contact?
Kredit gambar: Nasrul Azizi NasaaruddinBagaimana saya gunakan Teknik Kunci Jualan Tanpa Paksaan membantu memudahkan proses ‘kunci’ jualan saya dibantu Google Contact.
Alhamdulillah hari ini saya nak kongsikan bagaimana saya gunakan Google Contact sejak tahun 2005 untuk saya simpan semua data pelanggan saya.
Hari ini semua sedia maklum ‘features’ dalam Google Contact dan cara kegunaannya. Ianya mudah dan memudahkan.
Tetapi ramai yang gunakan separuh jalan sahaja, maksudnya di sini, apabila nak simpan data, hanya simpan nama dan nombor telefon sahaja, betulkan?
Padahal, berapa maklumat lain jarang kita isi seperti alamat, emel, tarikh lahir dan lain-lain.
Ok, saranan saya selepas ini, cubalah setidaknya masukkan data ini: nama, nombor telefon dan alamat. Tiga ini wajib. Kenapa?
Apabila isi semua tiga perkara asas ini, ianya dapat memberikan impak kepada bisnes anda dan memudahkan anda mengurus data pelanggan mahupun kenalan anda.
Apakah impak kepada bisnes anda?
Ok macam ni, apabila kita simpan alamat pelanggan dan kenalan kita dalam Google Contact, maka secara automatik ‘blue print’ akan ditetapkan pada Google Maps timeline. Rujuk gambar.
Kredit gambar: Nasrul Azizi NasaaruddinGambar itu menunjukkan pin-pin biru yang banyak tu adalah taburan pelanggan saya sejak tahun 2005.
Inilah saya selalu tunjukkan pada bakal pelanggan saya semasa proses ‘pitching’ atau ‘closing deal’.
Kan semasa proses ‘closing deal’, akan ada soalan puaka;
‘Kau dah lama ke berniaga? Boleh percaya ke servis awak ni? Ramai ke pelanggan awak dah ada?’
Oleh itu, nak jawab semua ini, saya tunjukkan Google Maps Contacts saya.
Anda agak, kerja ‘closing deal’ saya mudahkan dan ‘close deal’ tak? Cubalah.
Nasrul Azizi Nasaaruddin
Sumber: Nasrul Azizi Nasaaruddin