Susulan dengan pembukaan semula pusat hiburan keluarga yang dibenarkan beroperasi mengikut SOP yang ditetapkan, kerajaan menekankan bahawa kelab malam, pub dan disko masih tidak dibenarkan beroperasi lagi.
Perkara tersebut disampaikan oleh Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri dalam sidang media mingguan yang berlangsung pada hari ini.
Jelasnya, operasi kelab malam, pub dan disko masih tidak dibenarkan setakat hari ini.
Sumber: Sidang media MKN