Selepas tragedi menyayat hati serangan bersenjata ke atas masjid di Christchurch, New Zealand semalam, New York Police Department (NYPD) yang diwakili Komisioner O’Neill dalam satu entri terbaru menerusi Facebook rasminya menyatakan rasa sedih atas apa yang berlaku di Christchurch.
Dalam kenyataan O’Neill itu juga, NYPD memberi jaminan bahawa tiada ancaman merbahaya di bandar New York dan mereka juga telah meningkatkan kawalan di setiap kawasan keagamaan di bandar New York bagi memastikan semua penduduk berada dalam keadaan selamat untuk beribadah dan bebas dari ketakutan.
“Kepada komuniti muslim di bandar New York, kami sentiasa bersama anda dan memastikan keselamatan anda disini,” kata O’Neill.
https://www.facebook.com/NYPD/photos/a.274991665910956/2182943931782377/?type=3&theater
Berikut beberapa keping gambar yang menunjukkan anggota-anggota NYPD sedang membuat kawalan di sekitar kawasan masjid ni New York ketika jemaah sedang menunaikan solat di sana.




Sumber: NYPD