
Nur Alert: Polis Mohon Bantuan Kesan Adik Salsabeel, Dipercayai Hilang Di Stesen LRT Cheras
Seorang kanak-kanak perempuan berusia 8 tahun berketurunan Cina/Pakistan dilaporkan hilang pada 14 Ogos baru-baru ini, lapor Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada hari ini.
Menurut hebahan NUR Alert di Facebook PDRM, mangsa yang bernama Salsabeel Shaban Pasha dipercayai telah hilang di lokasi Stesen LRT Cheras, Kuala Lumpur.
Kanak-kanak itu berketinggian 139 sentimeter, berkulit sawa matang dan mempunyai tahi lalat ditepi mata sebelah kanan. Mangsa juga berambut panjang paras bahu dan semasa kejadian mangsa memakai baju t-shirt berwarna pink serta seluar panjang berwarna coklat cerah.

PDRM menggesa sesiapa yang ada terlihat atau mempunyai maklumat untuk tampil bagi membantu menyelesaikan kes.
Sumber: Nur Alert, PDRM