Polis Diraja Malaysia (PDRM) meminta bantuan orang ramai untuk mengesan seorang kanak-kanak berusia tiga tahun, Patrick Igih, yang dilaporkan hilang di ladang kelapa sawit Rumah Merinding Rapak Pantu Sri Aman, Sarawak.
Menerusi kiriman Facebook Polis Diraja Malaysia, pakaian terakhir yang dipakai oleh kanak-kanak itu semasa hilang adalah baju berwarna putih dan kuning serta berseluar panjang hitam.
Kanak-kanak itu juga berketinggian 110 Cm, berat 22 kg, berkulit sawo matang dan rambut panjang lepas telinga.
Orang ramai boleh menghubungi Insp Santro Mathew Latius di talian 014-6151861 atau hubungi IPD Sri Aman di talian 083-322121.

Sumber: Polis Diraja Malaysia