Kini, perniagaan secara atas talian semakin mendapat sambutan dari orang ramai. Manakan tidak, selain mudah, ia juga sangat menjimatkan masa bagi mereka yang tidak mempunyai masa untuk pergi membeli belah.
Sekarang ini, bukan sahaja barangan seperti elektronik, perkakas rumah dan sebagainya, malah barangan dapur juga turut boleh didapatkan secara atas talian, mudahkan?
Tapi, ada pula yang sengaja memberikan ‘rating’ yang rendah kepada peniaga-peniaga yang berniaga di atas talian. Untuk makluman, penilaian ini sangat penting untuk menjaga reputasi kedai mereka.
Jadi, sekiranya kedai tersebut telah memberikan perkhidmatan yang baik dari segi layanan, produk dan pembungkusan, janganlah pula kita sengaja meberikan penilaian yang rendah.
Begitulah keluhan seorang peniaga ‘online’ yang diberikan penilaian rendah tanpa sebab yang munasabah menerusi ‘kicauannya’ di Twitter.
“Entahlah, kita buat kerja sehabis baik dah. Kami selalu pastikan barang customer sampai in perfect condition. Dapat pulak customer tak guna macam ni. Im so frustrated” tulisnya.
Pada asalnya, penjual berkenaan dipercayai bertanyakan kepada pembeli tersebut mengapa hanya memberikan rating tiga bintang sahaja. Namun apa yang dijawab pembeli tersebut agak mengejutkan.

Apa yang dijawab hanyalah jawapan-jawapan ringkas yang tiada maklumat. “Tiada”, “Entah” dan sebagainya. Walhal peniaga ini bertanyakan bermacam-macam soalan.
Barangkali kesabarannya sudah tercabar, peniaga ini terus melontarkan kata-kata tajam kepada pembeli tersebut mengenai sikapnya yang disyaki sengaja main-main.
Namun hasilnya masih sama, pembeli itu hanya membalas dengan “Oo..” saja.

Apa kata netizen?
Menerokai ruangan komen, ada yang bersimpati dan ada juga yang memberikan cadangan kepada beliau, jom kita baca.
“Pir sabar Pir…”

“Betapa pentingnya star rating….”

“Paling benci bagi rating satu sebab saja….”

“Pir, you boleh rate balik buyer ni….”

Sumber: Twitter Pir