Tiada Kategori

Novartis Bersama Rakan Kerjasama Perkenal Buku Dan Aplikasi, Jadikan Penjagaan Kanser Payudara Mesra Pesakit

Syamimi

Novartis Bersama Rakan Kerjasama Perkenal Buku Dan Aplikasi, Jadikan Penjagaan Kanser Payudara Mesra Pesakit

Sempena Pinktober, Novartis Malaysia bersama komuniti pesakit dan pakar kesihatan memperkenalkan buku Living Well, Living Longer. Buku ini menghimpunkan kisah pesakit, penjaga, anggota kesihatan, dan pejuang advokasi untuk memberi semangat serta memupuk sokongan kepada komuniti kanser payudara di Malaysia.

Lebih daripada rawatan: Menangani jurang dalam penjagaan kanser payudara

Sebagai tambahan, Novartis memperkenalkan Aplikasi ICanCare, platform digital yang dibangunkan bersama kumpulan advokasi pesakit. Aplikasi percuma ini boleh dimuat turun dari App Store dan Google Play untuk membantu pesakit dan penjaga dengan maklumat rawatan, bimbingan emosi, dan perkhidmatan kaunseling.

Ucapan Pembukaan: Encik Sanjeev Balachandran, Presiden Negara Novartis Malaysia, Brunei dan Asia Emerging Markets (AEM), menyampaikan ucapan pembukaan beliau, menegaskan peranan Novartis Malaysia sebagai rakan dipercayai dalam ekosistem penjagaan kanser payudara.

Mengapa ia penting

Kanser payudara merupakan isu kesihatan yang signifikan di Malaysia, dengan sebilangan pesakit mendapatkan rawatan pada peringkat lanjutan penyakit serta menghadapi cabaran dalam mendapat diagnosis awal dan akses yang seragam kepada sokongan menyeluruh.

Berdasarkan kadar kelangsungan hidup lima tahun untuk kanser payudara di Malaysia adalah dianggarkan sekitar 67 peratus sahaja, berbanding lebih 80 hingga 90 peratus di beberapa negara maju.

Gabungan penceritaan secara analog dan sokongan digital ini bertujuan untuk merapatkan jurang, meningkatkan kesedaran, menyokong kesejahteraan emosi, serta menyediakan pesakit dan penjaga dengan sumber yang boleh dipercayai dan mudah difahami.

Inisiatif ini, yang merangkumi pelbagai peringkat daripada rawatan sehingga fasa kelangsungan hidup, merupakan komponen penting dalam sokongan berterusan Novartis terhadap matlamat Pelan Strategik Kebangsaan bagi Program Kawalan Kanser.

Pesakit yang terselamat dan pejuang kanser payudara turut menyertai bengkel penulisan jurnal, yang diinspirasikan oleh Living Well, Living Longer, membantu peserta memahami dan menghayati perjalanan ketabahan yang dikongsikan dalam buku tersebut.

Membina ekosistem penyokong

“Terpahat di sanubari misi kami ialah komitmen yang teguh untuk memperbaiki dan memanjangkan hayat rakyat Malaysia,” Kata Sanjeev Balachandran, Country President of Novartis Malaysia, Brunei and Asia Emerging Markets (AEM). “Dalam tempoh tiga tahun ini, kerjasama ini telah menyantuni lebih 2,000 pesakit dan penjaga, tetapi masih ramai yang perlukan bantuan. Melalui buku meja kopi Living Well, Living Longer serta Aplikasi ICanCare, kami berusaha memajukan penjagaan kanser payudara secara holistik dengan meningkatkan kesedaran masyarakat dan menyediakan akses kepada sokongan emosi, maklumat penyakit yang relevan mengikut lokaliti, serta pelbagai sumber rujukan. Inisiatif ini bertujuan memastikan setiap pesakit kanser payudara memperoleh sokongan menyeluruh untuk membantu mereka menjalani kehidupan yang lebih baik dan sejahtera.

Gambar berkumpulan: Wakil daripada Novartis Malaysia, Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM), Persatuan Kebajikan Kanser Payudara Malaysia (BCWA), pejuang kesedaran, profesional kesihatan, serta pesakit kanser payudara yang terselamat, bergambar bersama sempena pelancaran Living Well, Living Longer, meraikan suara-suara dalam komuniti kanser payudara Malaysia.

Antara ciri utama Aplikasi ICanCare ini ialah pilihan kaunseling psikososial, yang disediakan oleh Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (National Cancer Society Malaysia, NCSM). Kol.Bersekutu (PA) Prof Dr. Murallitharan Munisamy, Pengarah Urusan NCSM, menjelaskan: “Sokongan emosi boleh jadi sama penting dengan rawatan perubatan kerana ia turut membentuk perjalanan pemulihan pesakit. Pemerkasaan ini bermula dengan empati – mendengar, memahami, dan menemani perjalanan hidup pesakit mengharungi cabaran. Alat seperti buku eksklusif ini dan eAplikasi ICanCare menjadi jambatan yang menghubungkan pesakit dengan ilmu, sokongan, dan harapan.”

Selain manfaat kepada pesakit dan penjaga, penyelesaian yang mampan juga perlu mengambil kira cabaran yang dihadapi oleh anggota penjagaan kesihatan. “Kami terus melihat ramai pesakit kanser payudara di Malaysia hadir dengan kanser payudara peringkat lewat disebabkan kurangnya kesedaran, akses terhad kepada pengesanan awal, serta cabaran untuk pesakit menavigasi sistem penjagaan kesihatan yang kompleks,” kata Dr. Mastura Md Yusof, Pakar Perunding Onkologi Klinikal di Hospital Picaso dan Penasihat Teknikal bagi Breast Cancer Welfare Association (BCWA) Malaysia, pada majlis tersebut. “Namun, disebabkan kekangan masa dan sumber, adalah sangat sukar bagi pakar onkologi untuk menyokong pesakit melebihi diagnosis dan terapi. Platform perkongsian pengalaman seperti Living Well, Living Longer serta sumber maklumat yang boleh dipercayai seperti Aplikasi ICanCare menjadi semakin penting.

Dari kiri, Atilia Haron, penyanyi Malaysia dan pejuang kesedaran kanser payudara, Dr. Noor Nabila Mohd, Pakar Onkologi Klinikal, Institut Kanser Negara, Dr. Mastura Md Yusof, Perunding Pakar Onkologi Klinikal, Hospital Picaso & Penasihat Teknikal BCWA, Puan Mahani Kassim, Presiden Pink Unity, NCSM, Dr. Suwarna Laxshmi Ramanathan, Penyelaras Program, Guided Patient Support NCSM, Encik Sanjeev Balachandran, Presiden Negara Novartis Malaysia, Brunei dan AEM, Cik Kim Lim, Presiden BCWA, Dr. Vignesvari Subramaniam, Timbalan Pengarah, NCSM, Cik Liew Swee Lee, Setiausaha BCWA, dan Grace Tam, pesakit kanser payudara yang telah sembuh, merupakan para penyumbang serta rakan kerjasama terkemuka bagi buku Living Well, Living Longer, yang hadir pada majlis pelancaran, menyerlahkan kekuatan suara kolektif dalam meningkatkan kesedaran dan sokongan terhadap komuniti kanser payudara.

Satu gerakan berterusan, bukan untuk seketika

Pelancaran itu melanjutkan inisiatif berasaskan kerjasama seperti Gift of Time, siri program berfokuskan pesakit yang meraikan semangat juang dan ketahanan emosi mereka. Novartis Malaysia mengalu-alukan lebih ramai rakan seperjuangan dalam ekosistem ini untuk bersama-sama membina pendekatan penjagaan kanser payudara yang lebih bersepadu, penyayang dan berteraskan pesakit.

Pameran seni bertajuk In Her Shoes: A Reflective Welcome Experience, menggambarkan perjalanan emosi pejuang kanser payudara, daripada ketakutan, kebimbangan, dan kesunyian, kepada rasa syukur, harapan, dan kekuatan diri.

Mengenai buku Living Well, Living Longer dan Aplikasi ICanCare

  • Buku Living Well, Living Longer kini boleh didapati secara percuma dalam Aplikasi ICanCare.

  • Aplikasi ICanCare dibangunkan oleh Novartis dengan kandungan daripada kumpulan advokasi pesakit.

  • Aplikasi ini menyediakan akses kepada pilihan kaunseling psikososial, maklumat mengenai pengurusan penjagaan kesihatan, dan ciri khas untuk pesakit serta penjaga. Ia boleh dimuat turun secara percuma di App Store dan Google Play.

  • Aplikasi ini direka untuk menawarkan sokongan emosi dan praktikal.

Atilia Haron, penyanyi, pejuang kesedaran kanser payudara, dan pengacara majlis, berkongsi perjalanan advokasi beliau.

Mengenai Novartis Malaysia

Novartis mempunyai warisan dan legasi yang lama di Malaysia. Diasaskan pada 1971, kami merupakan sebuah syarikat multinasional terkemuka dengan hampir 700 kakitangan yang berkhidmat di bahagian Novartis International dan Novartis Corporate Center di Kuala Lumpur. Selama 50 tahun bertapak di Malaysia, Novartis Malaysia terus melaksanakan matlamat korporat untuk membayangkan semula perubatan untuk menambah baik dan memanjangkan jangka hayat hidup lebih 32 juta rakyat Malaysia.

Pada 2022, Novartis Malaysia telah diiktiraf sebagai Penaja Terbaik oleh Clinical Research Malaysia kerana memulakan 24 kajian klinikal baharu di Malaysia. Kami juga mempunyai rekod prestasi yang terbukti dalam meluaskan akses kepada ubat-ubatan inovatif kami dalam sektor swasta atau awam melalui kerjasama dengan Kementerian Kesihatan Malaysia. Menerusi kerjasama tersebut, Novartis telah berjaya menyentuh kehidupan lebih daripada 1.7 juta pesakit Malaysia.

Pejabat Novartis Malaysia terletak di bangunan baharu yang termaju bernama Plaza Imazium di Damansara Utama, Petaling Jaya. Novartis Malaysia menduduki 2 tingkat dan merupakan salah satu daripada 20 pejabat di Malaysia yang telah menerima pensijilan LEED Gold dan pejabat pertama menerima pensijilan WELL Silver.