Kuantan : Nota suara yang tular di media sosial hari ini, mendakwa kononnya berlaku kematian di Bentong akibat 2019 novel koronavirus adalah palsu.
Pengarah Kesihatan Pahang Datuk Dr Bahari Awang Ngah berkata setakat ini, masih tiada kes yang disyaki berkaitan koronavirus di negeri ini.
“Kami berharap orang ramai tidak menularkan nota suara itu supaya tidak menimbulkan kebimbangan dalam masyarakat. Jangan berkongsi perkara tidak benar dalam situasi sekarang.
“Jika benar berlaku kes koronavirus, sudah pasti kami adalah pihak pertama yang mengetahuinya dan akan melaporkannya kepada kementerian,” katanya semasa dihubungi hari ini bagi mengulas mengenai perkara tersebut.
Sumber : Bernama