Nikmat Rasa KitKat® Salted Caramel Cookies Serba Baharu Menambat Selera!

Amira

Nestlé’ KitKat® telah melancarkan KitKat® Salted Caramel Cookies edisi terhad yang serba baharu. Dengan adunan cita rasa dan tekstur berkelainan, pengguna boleh menikmati pengalaman coklat baharu yang merangsang deria. Pelancaran produk terbaharu KitKat® di Malaysia tahun ini amat dinanti-nantikan, menawarkan kombinasi lazat wafer rangup tersendiri yang disaluti dengan coklat susu dan cebisan biskut karamel masin yang rangup untuk menambat selera.

Trend makanan di seluruh dunia semakin berubah seiring perubahan cita rasa pengguna untuk terus mencari cara baharu dalam menikmati keseronokan hidup dengan sepenuhnya. Pengguna telah menunjukkan minat yang khusus terhadap penggunaan biskut dan juga perisa karamel di dalam pelbagai produk konfeksi – dengan kedua-duanya disenaraikan antara 10 perisa paling digemari di Asia Pasifik.

Di samping itu, menurut kajian yang dijalankan di Asia Pasifik, 70% daripada pengguna ingin menikmati coklat serba baharu dan menarik manakala lebih daripada 60% mengimpikan coklat dengan aneka tekstur dan perisa. Selain rasa dan kenikmatan, tekstur yang rangup merupakan pengalaman yang paling diidamkan pengguna ketika menikmati coklat kegemaran mereka.

Menurut Carlota Casellas, Pegawai Eksekutif Perniagaan Konfeksi Nestlé, “Inspirasi daripada cerapan pasaran dan trend terkini, terutamanya di kalangan Generasi Z menjadi asas dalam rekaan produk KitKat® yang terbaharu kami. Pastinya Generasi Z adalah golongan yang senantiasa menyatakan aspirasi mereka untuk menikmati pengalaman makanan yang unik. Dengan itu, KitKat® telah mencipta semula jejari coklat kami dengan wafer rangup yang disaluti kombinasi biskut dengan karamel masin yang tersendiri. Edisi terhad KitKat® Salted Caramel Cookies baharu ini pastinya serba sensasi!”

Dua pakar pastri dan manisan daripada JUNANDUS telah memperlihatkan kelebihan dan keserbagunaan KitKat® Salted Caramel Cookies menerusi bengkel meghias manisan di majlis pelancaran yang diadakan di IOI City Mall di Putrajaya. Jun Chong daripada JUNANDUS berkata, “Sememangnya semua orang boleh menikmati KitKat® begitu sahaja atau mencipta resipi kreatif daripadanya; dan inilah cara terbaik untuk berehat sebentar sambil bersantai menikmati sajian coklat yang sungguh lazat!”

“Selari dengan aspirasi KitKat® iaitu “Have a Break, Have a KitKat® (Berehat sebentar, Bersama KitKat®), kami menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk berehat sebentar daripada kesibukan masing-masing. Cara terbaik adalah dengan menikmati KitKat® Salted Caramel Cookies serba baharu – teman paling sesuai untuk memanjakan diri anda. Keranggupan daripada cebisan biskut yang disaluti coklat susu lazat pasti menambat selera semua penggemar coklat,” kata Carlota.

Sempena pelancaran KitKat® Salted Caramel Cookies, pameran pengguna selama 5 hari diadakan di IOI City Mall di Putrajaya dari 9 hingga 13 Ogos 2023. KitKat® Salted Caramel Cookies boleh didapati dalam dua jenis pek iaitu pek tunggal 4 Jejari dan 2 Jejari 5 Multipack.

Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.nestle.com.my/brands/confectionery, FB di https://www.facebook.com/KitKatMalaysia dan IG di www.instagram.com/KitKatMalaysia