Negara kita cukup terkenal dengan pelbagai budaya, makanan dan cara hidup tradisi yang menjadi warisan dari zaman ‘nenek moyang’ sehingga ke hari ini.
Ketika Ramadan menjelma ini, sudah tentu kita dapat melihat berbagai-bagai jenis makanan tradisional warisan menjadi juadah untuk berbuka puasa.
Tidak kurang juga, ramai juga peniaga di bazar Ramadan yang masih menjual aneka kuih tradisional sebagai santapan berbuka.
Ternyata nilai sentimental kuih tradisi ini dipercayai masih ‘segar’ dan menjadi pilihan ramai, lebih-lebih lagi apabila ia ‘diraikan’ dalam bulan puasa.
Seperti yang dikongsikan wartawan Bernama hari ini, ada sejenis kuih tradisional bernama nekbat yang dijual di satu tempat di Terengganu.
Gambar: Bernama
Gambar: BernamaBernama melaporkan, kuih tradisional bernama nekbat tersebut diusahakan oleh seorang pengusaha kuih tradisional tempatan, Semek Malik, 65, yang ditemui hari ini.
Wanita warga emas yang gigih membuat kuih nekbat itu ditemui Bernama dalam satu tinjauan lapangan di Kampung Sena Rendang di Marang, Terengganu.
Difahamkan, kuih nekbat yang diusahakannya dibuat secara tradisional untuk dijual kepada pelanggan dengan harga serendah RM1 sebiji.
Namun apa yang menariknya, kuih nekbat tersebut dimasak menggunakan dapur kayu api macam zaman nenek moyang kita dahulu.
Nilai sentimental seperti inilah yang menjadikan kuih nekbat itu sendiri amat menggamit memori zaman ‘dulu-dulu’ bagi sesiapa yang memakannya.
Berdasarkan laporan Bernama, kuih nekbat ini akan menjadi hidangan penduduk di sekitar Pantai Timur sebagai pembuka selera menjelang waktu berbuka puasa.
Gambar: Bernama
Gambar: Bernama
Gambar: BernamaSumber: Bernama