baru betul touch n go
Gambar: TikTok @firdausfba
Tiada Kategori

Ni Baru Betul “Touch N Go”, Performance Adik Ni Buat Ramai Berdekah

Hannah

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

Ni Baru Betul “Touch N Go”, Performance Adik Ni Buat Ramai Berdekah

Sebut pasal zaman sekolah, antara kenangan manis yang membekas dalam ingatan mestilah waktu sekolah kita anjurkan kem khas untuk pelajar.

Tak kisahlah kem pengawas, kem kepimpinan, kem akademik ataupun lawatan sambil belajar, semuanya ada ‘cerita’ tersendiri.

Waktu tu, kita mungkin rasa penat, letih atau malas nak sertai. Tapi bila dah melangkah keluar dari alam persekolahan, barulah terasa betapa berharganya pengalaman tu.

Suasana bising penuh gelak tawa, tidur beramai-ramai dalam dewan dan aktiviti luar yang mencabar. Semuanya memori manis yang takkan berulang, tapi bakal dirindukan.

Program SPM SEBESTA Excellence 2025 jadi tumpuan

Baru-baru ini, tular satu video di media sosial memaparkan kumpulan pelajar dari SMK Bukit Sentosa mengambil bahagian dalam Program SPM SEBESTA Excellence 2025.

Beberapa video yang dikongsikan menerusi akaun TikTok @firdausfba menunjukkan pelbagai pengisian menarik dijalankan sepanjang program.

Malah, lebih menyeronokkan apabila kumpulan pelajar ini beraksi ketika acara menangkap ikan, walaupun terpaksa berendam di dalam lumpur.

Tidak hanya itu, antara pengisian yang menarik perhatian ialah aktiviti rintangan yang menyerupai latihan kem tentera. Bezanya, pelajar kelihatan seronok dan santai.

Style “Touch N Go” bikin netizen terhibur

Dalam salah satu video yang dikongsikan, ada satu momen mencuit hati ramai netizen. Aksi seorang pelajar perempuan dilihat melalui halangan rintangan dengan cara tersendiri, buat ramai berdekah.

Ramai yang kagum dengan “performance” adik tu. Walaupun tak sepenuhnya ‘menepati piawaian’ aktiviti, tapi dia tetap berusaha buat ikut kemampuan diri.

Menjengah ke ruangan komen, ramai warganet yang terhibur dengan aksi pelajar tersebut. Ada yang berseloroh, ada juga yang memuji usahanya.

“Suka hati kaulah, kak…”

“Sampai hati dia garam-garamkan kita macam tu je…”

“Nak kata salah tidak, nak kata betul pun tidak. Asalkan buat, takpalah…”

“Mencukupi syarat ✅”

“Yang penting usaha ❌ Yang penting buat ✅”

“Merentas halangan ❌ Halangan tidak direntas ✅”

Apa pun, momen sebeginilah yang nanti akan jadi kenangan paling indah bila masing-masing dah tinggalkan bangku sekolah.

Mungkin sekarang mereka hanya gelak bila tengok video sendiri. Tapi suatu hari nanti, saat hidup mula sibuk dan dunia dewasa terasa berat, kenangan inilah yang akan buat mereka tersenyum semula.

BACA: Mat Saleh Bongkar Apa Yang Orang Luar ‘Salah Faham’ Pasal Malaysia

Sumber: TikTok @firdausfba