lori langgar tiang
Gambar: Detik.com

Ngeri, Lori Langgar Tiang Dekat Sekolah, 10 Maut Termasuk Murid Tengah Tunggu Dijemput Pulang

Fazidi

Ngeri, Lori Langgar Tiang Dekat Sekolah, 10 Maut Termasuk Murid Tengah Tunggu Dijemput Pulang

Sebuah lori dilapor menlanggar sebatang tiang berdekatan sebuah sekolah hingga menyebabkan sekurang-kurangnya 10 orang maut, di Bekasi Barat, Indonesia hari ini.

Difahamkan lori berkenaan terbabas dipercayai berpunca daripada masalah brek yang gagal berfungsi.

Menerusi video yang dimuat naik oleh Detik.com, kebanyakkan mangsa yang terkorban merupakan pelajar sekolah berada berdekatan dengan lokasi kejadian. Ketika itu, mangsa dipercayai sedang menanti dijemput ibu bapa masing-masing untuk pulang.

Selain itu, sekurang-kurangnya 20 orang lagi mangsa turut tercedera.

Menurut kenyataan yang dimuat naik bersama video berkenaan, tiang berkenaan yang robih turut menimpa sebuah lori yang berada di jalan bersebelahan.

Menerusi video berkenaan juga dapat dilihat beberapa objek dipercayai terpelanting akibat impak kemalangan turut memenuhi ruang jalan raya.

BACA: Masjid Jamek Sultan Abdul Samad Sesak, Orang Awam Solat Subuh Berjemaah Sebelum Ke Dataran Merdeka

Sumber: Detil.com