New Zealand Dijangka Turunkan Tahap Amaran Covid-19

Azmil

WELLINGTON, 20 April — New Zealand akan menurunkan tahap amaran COVID-19 kepada Tahap Tiga, mulai 11.59 malam 27 April, berbanding sebelum ini iaitu Tahap Empat, kata Perdana Menteri Jacinda Ardern pada Isnin.

Tahap Tiga akan dikuat kuasa selama dua minggu, lapor agensi berita Xinhua.

Selepas itu penilaian lanjut akan dibuat untuk menentukan tahap seterusnya yang dijadual diumum pada 11 Mei.

Beliau berkata di bawah Tahap Tiga, kira-kira 400,000 lagi rakyat negara ini akan kembali bekerja, dengan sektor utama seperti pembinaan, pembuatan dan perhutanan kembali beroperasi.

Kanak-kanak yang boleh tinggal di rumah perlu terus berbuat demikian. Pusat pembelajaran awal dan sekolah hanya akan dibuka untuk pelajar berumur 10 tahun atas permintaan keluarga, menurut peraturan yang diumumkan sebelum ini.

— BERNAMA