Netizen Seram, Tengok Tangan Dan Kaki Palsu Jadi Hiasan Laman Rumah

Sha Rossa

Berkebun atau menanam pokok merupakan satu terapi diri selain mengisi masa terluang bagi sesetengah individu. Ada sahaja idea kreatif untuk menghias tanaman namun kadangkala ada yang tidak terfikir oleh akal.

Seperti perkongsian di Facebook oleh Nurseri Kota Lama mengenai hiasan tanaman yang menggunakan konsep landskap anggota badan manusia seperti kaki dan tangan. Seram!

Menerusi beberapa keping gambar yang dimuat naik, kaki, tangan malahan wajah manusia ini ditanam di tepi pokok sehingga kelihatan seperti anggota badan yang sebenar.

Walaupun menyeramkan, tetapi konsep landskap sebegini dikatakan dapat mengelakkan kehadiran pencuri ke rumah. Mungkin ada yang mahu mencubanya selepas ini?

Taubat orang tak datang rumah dah kalau malam

Rata-rata netizen yang membanjiri ruangan komen turut merasa takut akan idea ini yang digunakan bagi menghias tanaman namun tidak menolak ianya sebagai sesuatu yang kreatif.

Seram pula macam ‘real’

Kalau nampak ni lari tak jejak tanah

Tuan rumah pun boleh lari tapi memang kreatif

Sumber: Nurseri Kota Lama