Hari ini genap usia Proton Saga 35 tahun. Kereta buatan Malaysia yang terkenal dengan ketahanan dan kekukuhannya ini terus diminati rakyat Malaysia dari generasi ke generasi.
Hari bersejarah ini diraikan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang menjadi pelopor kereta jenama Malaysia.
Kicauan beliau di Twitter mendapat sambutan orang ramai dengan lebih 7.4 ribu tanda suka serta 3.3 ribu ulang kicau di laman berkenaan.
Masing-masing berkongsi memori dan gambar mereka dengan kereta lagenda itu. Malah, ada yang berkata kereta Proton Saga milik mereka yang berusia kira-kira 30 tahun masih lagi bertahan serta berfungsi dengan baik sehingga ke hari ini.
Sumber: Twitter