Seorang wanita bertaraf ‘nenek’ yang terjatuh dari tingkat 21 di sebuah pangsapuri dalam satu kejadian di Indonesia baru-baru ini dilapor terselamat daripada maut, lapor Tribun.
Ketua Polis Kelapa Gading, Vokky Sagala berkata, mangsa yang dikenali sebagai An, 55 tahun itu tergelincir dari balkoni di kediamannya.
“Polis Kelapa Gading menerima laporan bahawa seorang wanita jatuh dari Apartmen Gading Nias Residence Tower Emerald, Kelapa Gading di Jakarta Utara.
“Hasil siasatan mendapati, AN dikatakan tergelincir dari balkoni pangsapuri itu yang berketinggian 21 tingkat ketika sedang menjemur baju,” katanya, memetik Tribun.
Bagaimanapun mangsa tidak terkorban, sebaliknya hanya mengalami patah tulang di bahagian bahu kiri gara-gara terjatuh di atas bumbung kereta jenis Toyota.
Gambar: TribunnewsSehubungan itu, mangsa dikejarkan ke Hospital Sakit Gading Pluit, Jakarta Utara untuk mendapatkan rawatan lanjut.
Tambahnya lagi, mangsa tidak mengalami cedera parah teruk dan ‘terselamat’ daripada maut kerana hanya terjatuh di atas bumbung kereta tersebut.
“Kami sempat berhubung dengan mangsa yang menyatakan bahawa dia tergelincir ketika menjemur pakaian, namun kami masih menjalankan siasatan lanjut,” ujarnya.
Sumber: Detik.com, Tribunnews.com