Nelayan maut

Nelayan Maut Setelah Bot Meletup Bertarung Dengan Jerung

Faiz Mustafa

Kejadian paling ngeri nelayan maut diserang oleh jerung ketika menaiki bot laju adalah seperti yang pernah berlaku pada tahun 1956 di HMS Burleigh, United Kingdom.

Menurut Daily Star, Richard Kirby dan Leslie Nye pada ketika itu yang sedang belayar di perairan British terserempak dengan seekor jerung besar berhampiran dengan kapal mereka.

Ketua ekspedisi tersebut, Komander Brooks menggunakan bot bermotor kecil untuk menakut-nakutkan jerung itu.

“Pada awalnya, mereka merancang untuk membuang kotak TNT berhampiran dengan jerung itu dengan harapan ia akan meletup dan membuatkan haiwan pemangsa tersebut akan lari.

“Namun, rancangan tersebut gagal apabila bahan letupan yang diikat dengan tali tersasar dan tersangkut pada salah satu sirip haiwan pemangsa itu yang berenang dengan pantas.

“Bernasib baik kerana haiwan laut ganas ini tidak berubah menjadi ‘torpedo’ dan mengeruhkan lagi keadaan,” lapor Mirror menerusi Daily Star.

Memetik Daily Star, tali yang menghubungkan bahan letupan itu telah melingkari sirip dan badan jerung tersebut menyebabkan mereka berpaut antara satu sama lain.

“Bot itu mula berpaling dari arah haiwan laut ganas itu, namun ia patah balik menuju ke arah bawah bot lalu bahan letupan itu meletup.

“Malangnya, bot laju itu musnah sepenuhnya akibat meletup dan kedua-dua nelayan itu akhirnya terbunuh di tempat kejadian. Hanya Komander Brooks dan seorang lagi yang terselamat,” lapor Daily Star.

Difahamkan, jerung tersebut turut terkorban disebabkan letupan ngeri itu.

Serangan jerung ini sangat jarang berlaku di Britain. Ia telah dicatatkan berlaku bermula dari tahun 1847.

Kejadian hampir serupa di Australia bulan lepas

Terdahulu, seorang perenang dilapor maut selepas diserang seekor jerung putih besar berukuran 13 kaki panjang di pantai Buchan Point, Sydney bulan lalu.

Menurut laporan Mirror, nelayan tempatan dan pengunjung pantai tersebut hanya mampu melihat detik ngeri itu dan tidak berdaya membantu mangsa.

Perenang yang belum dikenal pasti itu meninggal dunia serta-merta di tempat kejadian akibat mengalami kecederaan yang teruk.

Sementara itu, seorang saksi berkata mereka menyaksikan jerung itu menelan bahagian badan mangsa selepas ‘membelahnya’.

Dalam video yang tular, dapat didengari bahawa seorang nelayan menjerit “Seseorang baru sahaja dimakan oleh jerung. Oh tidak!”.

Media tempatan berkata ia adalah serangan jerung maut pertama di Sydney sejak 1963.

BACA JUGA: Perenang Dilaporkan Maut Dipercayai Dibaham Jerung Besar

Sumber: Daily Mail, Mirr0r