Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang sedang dilaksanakan pada ketika ini, negara telah kehilangan sebanyak RM1 bilion sehari.
Perkara tersebut telah dimaklumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, menerusi perutusan khas berkaitan dengan pelan pemulihan negara pada petang ini.
“Keputusan melaksanakan PKP ini bukanlah suatu yang mudah. Dari segi ekonomi negara, kita telah kehilangan 1 bilion ringgit sehari sepanjang PKP dilaksanakan pada masa ini,” katanya.
Kerajaan sebelum ini mengumumkan pakej rangsangan ekonomi dan bantuan kewangan PEMERKASA Plus bernilai RM40 bilion dengan suntikan fiskal sebanyak RM5 bilion.
“Saya berharap bantuan ini akan meringankan beban yang ditanggung oleh individu dan perniagaan yang terkesan,” katanya.
Sumber: RTM