Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz yang juga Ahli Parlimen Padang Rengas mengumumkan bersara dari arena politik tanah air dan tidak akan bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), lapor AWANI.
Menurut AWANI, Nazri mengambil keputusan itu kerana mahu memberi laluan kepada pemimpin muda.
“Hidup kita jangan sampai menongkat langit, jangan sampai orang tunjuk pintu keluar.
“Saya rasa sudah sampai masa untuk saya bersara dan memberi peluang kepada pemimpin muda,” katanya seperti memetik AWANI.
Dalam pada itu, tambah beliau, keputusan tersebut dibuat untuk menyesuaikan dengan keadaan yang mana kepimpinan kerajaan dibarisi pemimpin muda.
“Ini masa yang sesuai kerana kepimpinan kerajaan sudah dibarisi pemimpin muda. Jadi ia juga perlu dibuat di peringkat akar umbi.
“Saya mahu pemimpin muda akan mengisi kekosongan saya,” katanya lagi.
Sumber: AWANI