Rabu lalu, Facebook Cyda Rasymelda menjadi perhatian netizen apabila adiknya dipercayai menjadi mangsa belasahan dalam kejadian yang berlaku di salah sebuah masjid di Selangor.
Gambar yang dikongsi kakak mangsa menunjukkan mangsa telah dipukul sehingga berlumuran darah dan hasil x-ray mendapati berlakunya hentakan di dahi serta telah menerima beberapa jahitan akibat koyakan serius.
Menurutnya lagi, adiknya dipukul menggunakan kerawang pagar besi selepas didakwa mencuri barangan masjid setelah selesai solat Isyak pada malam itu.






Sumber: Cyda Rasymelda