Nasa Temui Asteroid Emas Bernilai Lebih RM45,000 Kuadrilion
Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) dilaporkan sedang memuktamadkan rancangan untuk mendarat di asteroid bernilai USD10,000 kuadrilion (RM45,600 kuadrilion) pada akhir tahun ini.
Memetik Daily Star, para saintis dilaporkan mahu mengkaji batu angkasa itu yang didakwa bernilai 10 kali ganda ekonomi global Bumi.
Batu bernama 16 Psyche, mengorbit Matahari antara Marikh dan Musytari yang dipercayai mempunyai sumber seperti besi, nikel dan emas.
Pelancaran dirancang akan dilakukan pada 5 Oktober depan
Jurutera dan juruteknik di Cape Canaveral, Florida, Amerika Syarikat sedang menyediakan pelancaran untuk ke asteroid tersebut. NASA merancang untuk mendarat di batu yang sejauh 310,410,000 batu dari bumi itu pada 5 Oktober depan.
“Kurang daripada 100 hari lagi sebelum pelancarannya, pasukan jurutera dan juruteknik bekerja hampir sepanjang masa untuk memastikan pengorbit bersedia.
“Misi perjalanan sejauh 2.5 bilion batu ke asteroid kaya dengan logam yang mungkin dapat memberitahu kita lebih lanjut tentang teras planet dan bagaimana ia terbentuk,” kata kenyataan NASA.
Kredit NASASementara itu, menurut Metro, pasukan misi baru-baru ini telah menyelesaikan kempen ujian komprehensif perisian penerbangan dan memasangnya pada kapal.
“Pasukan dan saya kini menghitung hari untuk melancarkan,” kata Henry Stone, pengurus projek Psyche di Makmal Pendorong Jet NASA di California Selatan.
“Tumpuan kami telah beralih kepada menyelesaikan penutupan mekanikal terakhir kapal angkasa dan menyediakan pasukan untuk operasi.
“Pasukan sedang menjalankan pelbagai aktiviti latihan untuk memastikan kami bersedia. Ia adalah masa yang sangat sibuk, tetapi semua orang teruja dan menantikan pelancaran itu,” kata Henry lagi.
BACA: Ada Mulut Rupanya, Baru Tahu Macam Mana Cara Siput Makan
Psyche bersedia untuk melancarkan SpaceX Falcon Heavy dari Kompleks Pelancaran Angkasa 39A di Pusat Angkasa Kennedy. Dengan peluang tambahan dijadualkan sehingga 25 Oktober.
Pelancaran terbesar oleh NASA dilaporkan akan menjadi pelancaran pertama bagi roket Falcon.
Pada masa ini, jumlah keseluruhan ekonomi global dianggarkan bernilai kira-kira USD110 trilion (RM501 trilion). Jumlah itu jauh berbanding dengan hasil yang terdapat di asteroid 16 Psyeche itu.
Sumber: Daily Star