Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Amerika Syarikat (NASA) pernah melancarkan beberapa projek yang berkait dengan bulan. Perkara ini menjadi suatu perkara yang tidak asing lagi oleh penduduk bumi.
Jika sebelum ini pengebumian dilakukan dalam bentuk biasa, kini pihak NASA ingin mengembangkan teknologi yang semakin hari semakin canggih dengan menawarkan perkhidmatan pengebumian di angkasa lepas.
Menurut laporan, NASA akan melaksanakan perkhidmatan tersebut bermula bulan Julai 2021 di mana abu mayat akan ditempatkan di satu wilayah bulan yang disebut sebagai Lacus Mortis. Perkhidmatan tersebut juga turut dikendalikan oleh syarikat pengebumian ruang angkasa iaitu Texas Celestis.
Tambahnya, abu mayat akan dibawa dengan menggunakan kapal angkasa yang dibuat oleh Astrobotic, sebuah syarikat robotik Amerika Syarikat.
“Kapsul Celestis akan tetap berada di bulan sebagai penghormatan kepada orang-orang yang tidak pernah berhenti meraih bintang. Setiap kali anda melihat bulan, anda tahu bahawa orang yang anda sayangi berada di tempat di mana orang jarang sampai di sana,” kata Celestis.
Bukan itu sahaja, perkara ini telah mendapat sambutan dan terdapat beberapa senarai abu mayat yang akan dikebumikan di bulan pada Julai 2021. Pakej pengebumian dianggarkan berharga $12 500 (RM50 000).