Satu rakaman menakjubkan memaparkan permukaan bumi dari kapsul Orion telah dikongsi oleh Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) semasa perjalanannya menuju ke Bulan dalam misi Artemis I, lapor Daily Mail.
Difahamkan, NASA memulakan misi 25 hari mengelilingi Bulan pada 3 petang waktu tempatan hari ini menggunakan roket Sistem Pelancaran Angkasa (SLS).
Pelancaran bersejarah bernilai RM181,000 itu berlangsung di Pusat Angkasa Kennedy di Florida dan disaksikan oleh peminat-peminat angkasa yang berkumpul di pantai berhampiran.
Gambar: @NASAArtemis via TwitterBerbalik kepada konteks, rakaman video selama 24 saat itu menunjukkan garis besar Bumi dan iaperlahan-lahan ‘mengecut’ apabila roket tersebut memecut pada kelajuan 12,000 kilometer sejam (km/j).
Perkara itu dimaklumkan oleh akaun Twitter rasmi NASA Artemis sebagai medium perkongsian maklumat berkenaan pelancaran Artemis I ke Bulan.
“Ketika @Nasa_Orion memulakan misi #Artemis I ke Bulan, kapal angkasa menangkap pemandangan menakjubkan mengenai planet Bumi kita ini,” maklum NASA Artemis.
Matlamat utama Artemis I direka adalah untuk menunjukkan sistem Orion dan kapsul SLS yang membawa angkasawan ke Bulan dalam misi Artemis II dan Artemis III berikutnya.
Misi Artemi I ini akan melihat kapsul Orion mengelilingi Bulan dan kembali ke planet Bumi selepas mengharungi ‘perjalanan jauh’ sejauh 1.3 juta batu (2.1 juta km).
Sekiranya matlamat itu berjaya, misi tersebut akan disusuli dengan perjalanan kru mengelilingi Bulan pada tahun 2024, manakala misi selanjutnya pada tahun 2025.
Sementara itu pengguna media sosial berasa kagum akan video yang diambil dari kapsul Orion semasa ia mendarat.
“Pemandangan itu sangat cantik,” kata salah seorang pemberi komen.
Namun dalam masa sama, ada segelintir pengguna Twitter mendakwa rakaman berkenaan palsu dan telah disunting.
BACA JUGA: Setelah Tiga Kali Ditangguh, NASA Akhirnya Berjaya Lancar Roket Gergasi Ke Bulan
Sumber: Daily Mail