amaran nasa ribut suria
Kredit NASA

NASA Beri Amaran, Ribut Suria Sebabkan Gangguan Internet Selama Berbulan Mungkin Akan Berlaku

Syed Faisal Sayed Muhammad

NASA Beri Amaran, Ribut Suria Sebabkan Gangguan Internet Selama Berbulan Mungkin Akan Berlaku

Agensi angkasa NASA telah mengeluarkan amaran tentang ribut suria yang berpotensi membawa gangguan internet selama berbulan-bulan atau dipanggil sebagai “kiamat internet”.

Memetik, Hindustan Times, data berkenaan ribut itu berjaya diperolehi agensi angkasa lepas melalui misinya yang dikenali sebagai “Parker Solar Probe”. Ia merupakan sebuah misi yang berfungsi sebagai pemerhati berterusan matahari.

Selain itu, misi yang dilancarkan pada 2018 lalu juga bertujuan untuk membongkar rahsia korona matahari dan angin suria.

Ribut suria dikatakan berlaku apabila terdapat gangguan di atmosfera Bumi akibat daripada aktiviti di matahari, terutamanya suar suria.

Suar ini dikatakan dikeluarkan dari matahari dan boleh memberi kesan kepada apa sahaja yang ditemui di planet sekitarnya.

NASA menjelaskan bahawa semasa kitaran selama 11 tahun, matahari menjadi lebih aktif sekitar pertengahan tempoh ini dan beransur tenang selepas itu. Apabila matahari menjadi lebih aktif, ribut suria akan semakin teruk dan kuat.

Walaupun kekerapan ribut ini boleh terjadi dalam keadaan yang berbeza, ribut geomagnet yang paling kuat boleh menyebabkan gangguan dalam operasi satelit.

Ia termasuk dalam isyarat radio dan sambungan internet yang berada di Bumi.

Peningkatan aktiviti matahari menimbulkan bahaya kepada satelit, kapal angkasa dan angkasawan di angkasa kerana tahap sinaran yang tinggi.

Aktiviti suria ini juga boleh menimbulkan risiko kepada Bumi. Dengan menyebabkan ribut geomagnet kuat yang boleh mengganggu komunikasi radio frekuensi tinggi dan sistem GPS.

Gangguan ini juga dilaporkan boleh mengakibatkan gangguan atau penutupan internet yang berskala besar.

Dua kejadian ribut suria pernah berlaku pada sebelum ini

Pada tahun 2012, terdapat ribut suria besar yang hampir berlaku dan menyebabkan kerosakan yang ketara.

Peristiwa yang sama turut pernah berlaku pada tahun 1859 dengan magnitud yang sama dan dikenali sebagai “Carrington event”.

Sewaktu kejadian, ribut geomagnet telah berlaku dengan sangat kuat lalu membawa kepada talian telegraf dan memberikan kejutan kepada pengendali. Kejadian itu juga menyebabkan ia telah terbakar secara sendirinya.

Selain itu, ribut kuat berkenaan juga menyebabkan aurora yang biasanya dilihat berhampiran kutub kelihatan di seluruh dunia.

BACA: Pernah Kena “Ignore” Dengan Operator, CEO Klook Kongsi Kisah Tercetusnya Idea Penubuhan Aplikasi Klook

Jika ribut suria dengan magnitud yang sama pada tahun 1859 berlaku pada hari ini, ia boleh menyebabkan kemudaratan yang ketara kepada elektronik satelit yang mengorbit Bumi.

Ini akan membawa kepada gangguan dalam sistem navigasi dan komunikasi yang penting, termasuk penyegerakan masa GPS yang bergantung kepada internet.

Peningkatan dalam sinaran elektromagnet di atmosfera akan menjana arus yang besar dalam grid kuasa. Ia kemudian boleh mengakibatkan kegagalan transformer elektrik dan gangguan kuasa yang berpanjangan.

Sumber: Hindustan Times