Walaupun sukar diterima akal, tetapi terdapat banyak kejadian-kejadian yang pelik berlaku disekeliling kita. Bukan sahaja menghairankan, malah ianya turut tidak dapat dikenal pasti punca kejadian sesuatu perkara yang terjadi.
Seperti kejadian yang tular, terdapat api misteri yang dipercayai muncul secara tiba-tiba di dalam sebuah rumah berulang kali. Kejadian yang berlaku di Kota Bharu, Kelantan itu tidak dapat dikenal pasti punca sebenar api itu bermula.

Melalui satu rakaman, satu api misteri dirakam di dalam sebuah almari yang terletak di dalam bilik. Misteri api berkenaan berterusan apabila terdapat tulisan misteri yang tercatat pada papan putih.

Kejadian itu bukan sahaja menghairakan isi rumah berkenaan, malah dikatakan turut menemui jalan buntu dalam kalangan anggota bomba.

Malah, menurut individu berkenaan, mereka juga terkejut apabila pada awalnya pintu bilik berkenaan terkunci dengan sendirinya. Namun, selepas mengambil kunci dan membukanya, mereka terkejut apabila terdapat tulisan berdakwat hitam yang membalas pertanyaan mereka.
Kemunculan api misteri itu bukan sahaja terdapat di almari, malah turut terjadi pada tempat yang lain seperti katil dan juga tandas.



Sumber: Jedi