Dalam mendekorasi rumah, cermin menjadi salah satu tarikan penting bukan sahaja untuk melengkapkan ruang yang ada malahan menjadi hiasan.
Jika direka dan disusun dengan baik, ia akan terlihat sangat eksklusif.
Seperti mirror wainscoting yang direka oleh Mohd Najib untuk isterinya.
Ikuti perkongsiannya di bawah ini.
Salam warga tukang.. Nak share keseronokan bertukang bersama keluarga.. Hasil dia untuk syok sendiri saja.. Projek MIRROR WAINSCOTING Request by puan isteri
Siti Nurhidayah
Ngidam nak lama dah.. Baru dapat buat kat dia lepas PKP aritu.. Jadi la untuk first time bertukang seni yang tak berapa berseni..
Hasil
Gambar Via Mohd NajibSebelum..
Ada buat lakaran sikit.. Tengok design yang ada kawan2 share dalam fb
Gambar Via Mohd NajibSanding kayu 2×1..kayu ubat morah ja.. RM9 ja sebatang.. Sanding dan trim tepi.. Bahagian depan ja
Gambar Via Mohd NajibNi alatan penting nak potong sudut wainscoting
Beli shopee br rm29.90
Alatan seperti di dalam gambar di bawah boleh didapati di SINI.
Gambar Via Mohd NajibTampal dan paku frame dia…tampal guna gam X bond. Frame wainscoting sambung guna gam 3 second. Pastu lekat di dinding guna x bond juga
Gambar Via Mohd NajibBuat secara seisi keluarga.. Anak2 suka bab mengecat ni
Gambar Via Mohd NajibLast skali tampal cermin. Guna cermin 4mm..tampal guna gam X bond juga.. Lekat masking tape sebelum dia Betoi2 kuat
Gambar Via Mohd NajibTadaaa.. Hasil dia.. Walau ada sikit herot perot.. Jadi la..
Gambar Via Mohd NajibUntuk melihat dengan terperinci mengenai cara pemasangan cermin wainscoting ini, tonton video yang telah dimuatnaik oleh Mohd Najib di saluran Youtube miliknya.
Sumber: Mohd Najib