Memiliki nama sama dengan orang lain bukanlah perkara yang baharu. Sudah pasti ramai di antara kita mempunyai nama yang cukup umum sampai pergi mana-mana pun ada je jumpa nama yang sama.
Tetapi, lain pula ceritanya dengan lelaki dari India ini. Dia yang memiliki nama Kovid Kapoor sempat tular di media sosial setelah namanya lebih kurang sama dengan wabak pandemik COVID-19 yang melanda seluruh negara di dunia.
Kovid yang juga seorang pemilik bersama syarikat perancang perjalanan di Bangalore itu sempat memuatnaik hantaran di laman Twitter dua tahun lalu yang bermaksud, “Nama saya Kovid dan saya bukan virus.” Kalimat yang sama turut dijadikan bio di akaun Twitter miliknya.
Malah menurut Kovid melalui sebuah thread, pekerja kedai kek di mana kek hari jadinya ditempah turut tersalah faham akan namanya, menyebabkan mereka tersalah mengeja nama Kovid di hiasan kek hari jadi tersebut.
nPada kek hari jadinya yang ke-30, kedai kek tersebut menulis pesan “Happy Birthday #Covid-30” sementara nama sebenarnya dieja dengan huruf K.
Walaupun telah melalui beberapa episod seperti ini semenjak pandemik COVID-19 melanda dunia, Kovid mengaku telah lali dan tidak begitu mengambil serius namanya dijadikan bahan jenaka.
“Ia adalah jenaka yang tak pernah lekang dari hidup saya, jadi saya pilih untuk ‘berdamai’ dengannya.
“Kadang-kadang bila saya takda mood untuk bersembang sementara membeli kopi atau menempah meja, saya akan guna nama samaran Kabir Kapoor supaya orang tak tanya banyak,” katanya memetik laporan The Indian Express.
Sumber: The Indian Express