Seorang wanita hamil terpaksa menghalau suaminya sendiri meninggalkan dewan bersalin semasa dia hendak melahirkan anak gara-gara kehadiran suaminya itu hanya membuatkannya tertekan.
Dilaporkan bahawa suaminya itu kemudian meninggalkan isteri serta bayinya yang baru lahir itu di hospital, enggan berjumpa dengan isterinya sehingga mereka pulang ke rumah bersama bayi mereka.
Perkara tersebut telah dikongsikan oleh wanita itu menerusi laman sosial Reddit.
Wanita itu menjelaskan bahawa suaminya itu kebingungan semasa dia bersalin dan perkara itu membuatkan dia lebih tertekan, disebabkan itu dia terpaksa menghalau suaminya itu keluar.
Namun suaminya itu kecewa kerana telah terlepas detik istimewa bayi pertamanya dilahirkan.
Wanita yang berusia 27 tahun itu menjelaskan bahawa suaminya ‘mudah terketak’ dan meminta suaminya berjanji untuk mengawal keadaan ketika dia sedang melahirkan.
Tetapi, dia melanjutkan, semasa suaminya masuk ke dewan bersalin, dia menjadi ‘tertekan dan kebingungan,’ mengabaikan isterinya sehingga tidak mempedulikan langsung untuk memegang erat tangan isterinya itu ketika dia sedang melahirkan anak.
“Ketika saya sedang dalam kesakitan, saya melihat wajahnya, begitu merah dan terdapat urat di dahinya yang kelihatan seperti hendak pecah,” tulisnya.
“Ianya sama sekali tidak membantu, malahan, ianya sangat mengecewakan dan mempengaruhi emosi saya secara negatif. Namun, saya boleh menerimanya sampailah dia secara tiba-tiba mula menangis dengan sangat kuat. Perkara itu membuatkan saya bertambah panik.
“Saya mendapati diri saya menjerit menyuruhnya berhenti beberapa kali dan dia mula menjerit di telinga saya. Saya terus menyuruh jururawat membawanya keluar. Walaupun dia cuba bertengkar dengan saya namun dia tidak diberi peluang dan terus diarah untuk meninggalkan dewan.”
Suaminya itu sangat marah berkenaan perkara tersebut sehinggakan dia enggan mengunjungi isterinya di hospital dan tidak melawatnya serta bertemu dengan anaknya, sehingga mereka keluar dari hospital.
Semasa pulang ke rumah, suaminya itu terus ‘memarahi’ wanita tersebut kerana ‘merampas peluang untuk melihat nafas pertama anak perempuan mereka’.
Dia bahkan menuduh wanita itu hanya memberikan alasan untuk menghalaunya, dan mendakwa bahawa dia seharusnya dibenarkan masuk ke dewan bersalin walau apa pun yang terjadi.
“Saya penat nak bertengkar. Saya menyuruhnya berhenti bertengkar dan dia kata boleh tapi dia tak akan pernah melupakan apa yang telah terjadi pada hari itu,” tambahnya.
Sebilangan besar warganet yang membaca coretan itu bersetuju bahawa wanita tersebut tidak bersalah.
“Bukan sahaja kamu tidak memerlukannya, dia juga membuatkan awak marah. Pada akhirnya, siapa yang berada di dewan bersalin terpulang kepada anda. Saya bayangkan bahawa perkara ini adalah siapa yang anda fikir akan paling membantu atau menyokong. Dia tidak begitu, malah sebaliknya.” tulis seorang warganet.
Yang lain bersetuju: “Dia sangat marah tidak dapat menyaksikan nafas pertama anaknya, tapi memilih untuk menghilangkan diri pada hari-hari pertama atau bahkan beberapa minggu tidak berada di samping anaknya.”
Sumber: Mirror